Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 4c dilancarkan secara rasmi – dari RM 878

Xiaomi Mi 4c dilancarkan secara rasmi - dari RM 878 1

xiaomi mi 4c

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon ointar Mi 4c yang akan ditawarkan secara eksklusif di pasaram China sahaja.

Walaupun mempunyai reka bentuk luaran yang sama dengan Mi 4i, Xiaomi Mi 4c hadir dengan spesifikasi dalaman yang berbeza kecuali skrin paparan 5-inci 1080p.

Xiaomi Mi 4c hadir dengan pemproses Snapdragon 808 dengan dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman. Versi 2GB RAM hadir dengan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM hadir dengan 32GB RAM.

xiaomi mi 4c-1

Dari segi kamera, Mi 4c hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan auto ‘phase detection’ manakala kamera selfie telefon pintar ini adalah 5MP.

Selain itu, Mi 4c turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,080mAh yang turut mempunyai teknologi pengecasan pantas Quick Charge 2.0 selain port pengecasan USB Type-C.

xiaomi mi 4c-2

Dari segi perisian pula, Mi 4c turut hadir dengan fungsi baru yang dikenali sebagai ‘Edge Tap’ dimana telefon pintar akan bertindak balas terhadap sentuhan kecil pada skrin. Dua sentuhan di bahagian sisi akan membawa anda ke muka sebelumnya tanpa menekan sebarang butang. Selain itu, fungsi ini turut boleh digunakan didalam aplikasi kamera dimana anda hanya perlu menekan skrin sekali dimana-mana bahagian untuk mengambil gambar.

Ketika penjualan, peranti ini akan ditawarkan dengan sistem operasi MIUI 6 namun generasi ketujuh sistem oeprasi MIUI dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi.

Xiaomi Mi 4c akan mula dijual esok iaitu 23 September di mi.com dan Tmall dengan harga penjualan CNY 1,299 (RM 878) bagi versi 2GB/16GB dan CNY 1,499 (RM 1,013) bagi versi 3GB/32GB didalam 5 warna iaitu putih, kelabu, merah jambu, kuning dan biru

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.