Xiaomi Mi Pad 2 dilancarkan secara rasmi – Slot USB Type-C
Selain Pelancaran Xiaomi Redmi Note 3, Xiaomi juga telah melancarkan generasi kedua tablet mereka iaitu Xiaomi Mi Pad 2 yang hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli namun hampir 18% lebih nipis (6.95mm)dan (322gram) 38gram lebih ringan berbanding generasi pertama Mi Pad.
Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga dengan pemproses 64-bit quad-core Intel X5-Z8500 berkelajuan 2.24Ghz , GPU Intel HD Graphics, 2GB RAM LPDDR3, dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB.
Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan skrin paparan berukuran 7.9-inci dengan resolusi 2048 x 1536piksel yang memberikan kepadatan piksel 326ppi. Skrin paparan ini adalah skrin paparan yang sama seperti pada Apple iPad Mini 4.
Selain itu, Xiaomi Mi Pad 2 juga hadir dengan kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 6,190mAh dengan pengecasan pantas, WiFi 802.11ac dan slot USB Type-C ( peranti Xiaomi pertama dengan slot USB Type-C).
Xiaomi Mi Pad 2 hadir didalam dua warna iaitu warna perak dan warna emas yang popular namun tiada warna emas ros yang ternyata hangat dipasaran.
Xiaomi Mi Pad 2 akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 999(RM 661)bagi model 16GB memori simpanan dalaman. Model 64GB Xiaomi Mi Pad 2 ini dijual dengan harga CNY 1299 (RM 860).
Xiaomi Mi Pad 2 dijangka akan memasuki pasaran tempatan didalam masa terdekat namun masih tiada pengumuman rasmi mengenainya.