Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Melancarkan PHAB & Yoga Tab 3 Pro – Dari RM 799

lenovo-malaysia-grand-launch

Sebagai penutup kepada tahun 2015 yang gemilang ini, Lenovo telah mengadakan satu majlis pelancaran terbesar mereka di Malaysia yang menyaksikan syarikat ini memperkenalkan beberapa produk yang meliputi komputer riba, tablet dan telefon pintar.

Walaupun melancarkan banyak komputer riba, Kami akan lebih memfokuskan kepada tablet dan telefon pintar yang dilancarkan oleh Lenovo ini.

lenovo-phab-malaysia

Lenovo memperkenalkan PHAB yang merupakan peranti hibrid 2 dalam 1 yang sama seperti Lenovo PHAB Plus namun pada harga yang lebih murah.

Lenovo PHAB hadir dengan skrin paparan HD berukuran 6.98-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 1GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 4,250mAh, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, sokongan dwi SIM ( nano & micro SIM) 4G LTE dan audio Dolby Atmos.

Lenovo PHAB hadir dengan harga penjualan RM 799 dan ditawarkan didalam warna hitam, putih, biru dan merah.

lenovo-yoga-tab-3-pro-malaysia

selain itu, Lenovo turut memperkenalkan tablet Yoga Tab 3 8.0-inci dan Yoga Tab 3 Pro. bercakap mengenai Yoga Tab 3 8.0-inci ini, ianya hadir dengan skrin paparan IPS beresolusi 1280 x 800, pemproses Qualcomm Snapdragon 210, 1GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan satu unit kamera 8MP yang boleh diputar.

selain itu, Lenovo Yoga Tab 3 juga hadir dengan slot micro SIM, slot microSD, sokongan 4G LTE, sokongan panggilan suara, Bluetooth 4.0, GPS, bateri dengan jangka hayat 20 jam dan dua pembesar suara hadapan dengan teknologi suara stereo Dolby Atmos.

Lenovo Yoga Tab 3 mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 949 dan akan ditawarkan didalam satu warna iaitu warna hitam sahaja.

Lenovo Yoga Tab 3 Pro pula akan hadir dengan skrin paparan QHD 10.0-inci dengan resolusi 2600×1440, pemproses Intel Atom x5-Z8500, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, slot microSD, dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Lenovo Yoga Tab 3 Pro juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera hadapan 5MP, projektor terbina didalam, 4 pembesar suara JBL dengan Dolby Atmos, bateri dengan jangka hayat 18 jam, sokongan 4G LTE, slot microSIM, menyokong panggilan suara dan Bluetooth 4.0.

Lenovo Yoga Tab 3 Pro akan mula dijual pada bulan Disember dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.