Huawei Mate 8 dijangka akan hadir didalam dua versi
Satu lagi berita mengenai Huawei Mate 8 yang akan dilancarkan pada 26 November ini telah dikeluarkan oleh pemberi maklumat tidak rasmi terkenal iaitu @OnLeaks.
Gambar ini diperoleh daripada pengeluar perkakas telefon pintar ini dan lakaran 3D model ini memberikan kita reka bentuk telefon pintar Huawei yang dinanti-nantikan ini.
Berdasarkan gambar atau video yang kami sertakan ini anda boleh lihat dengan jelas bahawa Huawei Mate 8 akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya, pembesar suara dibahagian bawah, unit kamera yang hadir dengan satu gelung menarik, sensor capjari bulat dan lampu flash LED.
Pada bahagian hadapan pula, Huawei Mate 8 dilihat akan hadir dengan panel sisi skrin yang nipis dan nisbah skrin kepada badan yang dimiliki telefon pintar ini dilihat mencapai kadar 75% dan ke atas.
Selain itu, Huawei Mate 8 juga dikatakan akan hadir didalam dua model yang mempunyai resolusi skrin paparan yang berbeza iaitu skrin paparan 1440p dan 1080p. Huawei Mate 8 juga akan memiliki kamera utama 20.7MP, kapasiti memori simpanan dalaman 32GB dan 64GB selain dua pilihan RAM iaitu 3GB dan 4GB.
Kedua-dua model Mate 8 juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,100maH dan dengan UI Huawei berasaskan Android 6.0 Marshmallow.
Selain itu, seperti yang kita sedia maklum Huawei Mate 8 akan menjadi telefon pintar pertam untuk hadir dengan pemproses Kirin 950 yang dilihat sangat berkuasa tinggi.
Huawei Mate 8 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 November ini di China.