Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pepsi P1 kini mula dijual dengan harga penjualan dari – CNY 499

pepsi-p1-malaysia

Telefon pintar pertama Pespi, iaitu Pepsi P1 yang dikatakan dilancarkan kira-kira sebulan lalu dan kini model ini telah mula dijual di pasaran China.

Pepsi P1 ini telah dikilangkan oleh syarikat Shenzhen Scooby Communication Equipment dan ianya hadir dengan skrin paparan (gelas 2.5D) 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6592 berkelajuan 1.7GHz dan hadir dengan UI yang dikenali sebagai Dido OS 6.1 yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Selain itu, Pepsi P1 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan aperture f/2.0 manakala pada bahagian hadapan adalah kamera 5MP dan sebagai tidak mahu ketinggalan di pasaran telefon pintar, Pepsi P1 juga hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Pepsi P1 ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, sokongan dwi-SIM 4G LTE, slot kedua juga boleh digunakan sebagai slot microSD.

Pepsi P1 ini kini ditawarkan dipasaran China melalui laman pengumpulan dana JD.com dengan harga penjualan yang bermula dari CNY 499 (RM 355) namun harga semasa bagi model ini adalah CNY 699 – RM 469 ( bagi 1,000 pembeli terawal) dan selepas itu harga Pepsi P1 akan meningkat kepada CNY 999 (RM 672).

Projek ini harus mencapai jumlah CNY 3,000,000 sebelum 3 Disember untuk dikilangkan dan kini telah berjaya mengumpul CNY 601,429.

Penghantaran bagi Pepsi P1 ini akan mula di buat 30 hari selepas projek ini berjaya mendapat dana yang disasarkan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.