HUAWEI nova 15 Max kini rasmi di Malaysia – harga promosi RM 1,499 sahaja

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar baharu siri Nova iaitu HUAWEI nova 15 Max.
Mengangkat konsep “Max Your Fun”, HUAWEI nova 15 Max hadir dengan skrin OLED 6.84 inci Full-View bersama kadar segar semula pintar 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4,000 nits. Rekaan premium turut diserlahkan menerusi modul kamera Star Ring dengan kemasan cincin merah ikonik, selain profil nipis 7.98mm yang selesa dipegang.
Tumpuan utama peranti ini adalah bateri HUAWEI Super Battery berkapasiti 8,500mAh, yang terbesar pernah digunakan pada telefon pintar Huawei. Ia mampu menawarkan sehingga 23 jam tontonan video berterusan dan disokong teknologi Energy Booster untuk pengurusan kuasa yang lebih cekap. Peranti ini juga menyokong fungsi Reverse Charging bagi mengecas aksesori atau peranti Huawei yang serasi.
Dari segi ketahanan, HUAWEI nova 15 Max menerima pensijilan SGS Premium Performance Mark Drop Resistance 5-Bintang serta penarafan IP65 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Teknologi Splash Touch turut memastikan skrin kekal responsif walaupun digunakan dengan tangan yang basah.
Untuk pengalaman lebih pintar, Huawei memperkenalkan X-Button yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi dan fungsi kegemaran dengan pantas. Pengguna juga boleh menetapkan pintasan khas seperti membuka Gemini melalui dwi-tekanan atau aplikasi seperti WhatsApp dan Touch ‘n Go eWallet melalui tekan dan tahan.
Dalam aspek fotografi, HUAWEI nova 15 Max dilengkapi kamera utama 50MP RYYB Ultra Vision yang mampu menghasilkan imej terang dan terperinci, termasuk dalam keadaan pencahayaan rendah. Turut disertakan ialah teknologi AI XD Portrait dan AI Best Expression untuk meningkatkan kualiti potret serta ekspresi wajah dalam gambar.
Melengkapkan pengalaman multimedia ialah sistem pembesar suara stereo berkembar simetri dengan 90° Ultra-wide Soundstage yang menawarkan audio lebih lantang dan imersif.
HUAWEI nova 15 Max ditawarkan pada harga RM1,699. Sempena jualan pertama, pengguna boleh menikmati rebat segera RM200 menjadikan harga promosi RM1,499, bersama hadiah bernilai sehingga RM827 termasuk HUAWEI Band 10, jaminan APAC selama setahun dan penggantian bateri percuma tanpa had masa selama dua tahun.

