Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme C100i – Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 1

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 2

Pengenalan

realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, secara rasmi mengumumkan pelancaran siri realme C100 di Malaysia.

realme C100i ialah telefon pintar baharu dalam siri realme C yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, menyasarkan pengguna yang mahukan peranti mampu milik dengan ciri praktikal untuk kegunaan harian. Ia sesuai untuk mereka yang mencari telefon dengan bateri besar, penggunaan lancar serta binaan tahan lasak tanpa perlu mengeluarkan bajet tinggi.

Sementara itu, realme C100i yang diposisikan sebagai ‘Cheapest Battery Champion’ atau Juara Bateri Termurah dalam segmennya menawarkan taraf ketahanan sama, serta penggunaan sehingga 21 jam penontonan video, 96.4 jam permainan muzik dan 53 jam bagi tujuan panggilan, menjadikannya pilihan ideal pengguna peringkat permulaan yang banyak menghabiskan masa di luar.

Namun, sejauh mana kelebihan yang ditawarkan benar-benar berbaloi? Teruskan membaca ulasan ini untuk mengetahui prestasi sebenar, kelebihan utama serta kekurangan yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan membeli.

Berikut adalah ulasan realme C100i yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 3

Reka Bentuk

realme C100i tampil dengan rekaan yang moden dan kemas, diserikan dengan pilihan warna yang menyerlah serta kemasan kerangaka yang memberi tampil lebih premium di tangan. Walaupun berada dalam kategori mampu milik, telefon ini masih menampilkan identiti tersendiri dengan modul kamera belakang yang ringkas tetapi menarik perhatian.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 4

Kekuatan sebenar realme C100i terletak pada tahap ketahanannya. Peranti ini dibina dengan perlindungan hentakan bertaraf ketenteraan iaitu ArmorShell yang mampu menahan jatuhan sehingga 2 meter, menjadikannya boleh digunakan demgan lebih yakin dalam situasi harian yang lasak. Selain itu, ia turut hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP64 yang memberikan perlindungan daripada habuk dan percikan air, sesuai untuk pengguna yang sering berada di luar atau bekerja dalam persekitaran mencabar.

Selain itu, realme turut menyertakan ciri Wet Hand Touch yang membolehkan skrin masih responsif walaupun jari atau permukaan skrin dalam keadaan basah. Menariknya lagi, fungsi Speaker Cleaner membantu mengeluarkan habuk serta air daripada pembesar suara menggunakan getaran bunyi.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 5

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 6

Sebagai tambahan, realme C100i telah melalui lebih 320 ujian ketahanan menyeluruh, termasuk ujian suhu dan kelembapan tinggi, ujian jatuhan mikro sebanyak 14,000 kali, ujian cabut-pasang port USB 40,000 kali serta ujian tekan butang sehingga 1,000,000 kali. Ini menunjukkan realme bukan sekadar mementingkan rupa luaran, malah memastikan telefon ini tahan lasak untuk digunakan bagi  jangka masa yang panjang.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 7

Skrin Paparan

realme C100i hadir dengan skrin paparan Ultra Smooth Display berukuran 6.83-inci  dengan kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan pengalaman visual yang sangat lancar dan responsif. Anda akan terasa perbezaannya apabila anda sedang skrol media sosial atau bermain game, di mana kesan kabur pada pergerakan skrin  dikurangkan ke tahap minimum.

Dari segi kecerahan, realme C100i mampu mencapai sehingga 900 nits dalam mod HBM, jadi paparan masih jelas dilihat walaupun ketika berada di bawah cahaya matahari. Ini sangat membantu bagi pengguna yang banyak berada di luar rumah atau bekerja di kawasan terbuka.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 8
AI Outdoor Mode vs Normal Mode

AI Outdoor Mode

AI Outdoor Mode pada skrin realme C100i yang sangat berguna untuk pengguna aktif di luar bangunan. Apabila telefon mengesan anda berada di kawasan terang atau di bawah cahaya matahari, sistem akan melaras kecerahan, kontras serta kejelasan paparan secara automatik supaya kandungan pada skrin lebih mudah dilihat.

Satu lagi perkara menarik adalah aspek penjagaan mata. Walaupun ia menggunakan panel LCD, realme menyertakan teknologi DC Dimming. Berbeza dengan skrin OLED biasa yang mungkin mempunyai isu kerlipan (flicker) pada kecerahan rendah, teknologi pada C100i ini menghapuskan gangguan tersebut supaya mata anda tidak cepat letih walaupun menggunakan telefon dalam jangka masa lama atau dalam keadaan cahaya malap.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 9

Akhir sekali, untuk peminat game MOBA, skrin ini dioptimumkan untuk memberikan prestasi yang stabil pada tahap 60FPS. Dengan purata bingkai sesaat yang konsisten (sekitar 59.76 FPS), anda boleh jangkakan pengalaman permainan yang stabil tanpa gangguan lag visual yang menjengkelkan.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 10

Pemproses

Bahagian pemproses dan perisian realme C100i dilihat memfokuskan kepada pengalaman “smooth” untuk penggunaan harian, bukan untuk prestasi flagship.

Dari segi pemproses, realme C100i menggunakan cip Unisoc T7250 (8 teras)  dengan GPU Mali-G57 yang cukup untuk tugas asas seperti scroll media sosial, YouTube, WhatsApp, dan gaming ringan. Untuk kelas bajet, cip ini direka lebih kepada kestabilan dan penggunaan tenaga yang efisien berbanding kuasa yang tinggi.

Bersama cip Unisoc T7250 ini, realme C100i juga memiliki 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB.

Dari segi perisian, ia hadir dengan realme UI 7 yang berasaskan Android 16, yang sama seperti pada peranti premium realme moden dengan ciri-ciri AI dan optimasi sistem terbaru. Antara yang menarik, ada fungsi seperti NextAI, Circle to Search, dan integrasi Gemini yang memudahkan penggunaan harian.

Kesimpulanya, realme C100i ialah satu game-changer dalam segmen telefon pintar mampu milik kerana biasanya telefon pintar dalam kategori ini hanya menawarkan satu (atau kadang-kadang tiada langsung) ciri utama yang menonjol.

Namun, realme C100i bukan sahaja menjadi Juara Bateri Paling Murah, malah turut memberikan pengguna keupayaan AI dan prestasi seperti telefon yang lebih mahal.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 11

Kamera

realme C100i hadir dengan sensor utama 8MP (wide-angle) yang dilihat cukup untuk pengambilan gambar aspek harian biasa seperti makanan, pemandangan atau OOTD dalam keadaan cahaya terang. Warna gambar yang diambil juga agak natural, namun detail adalah sederhanay ang mana harus diingat anda tidak boleh expect hasil gambar seperti pada telefon pintar mid-range atau flagship.

Pada bahagaian hadapan , ia hadir dengan sensor 5MP selfie yang lebih fokus kepada kegunaan seperti video call dan selfie santai.

Menariknya, realme juga menawarkan beberapa ciri fotografi yang berasaskan AI seperti AI Eraser, AI Clear Face dan AI Smart Image Matting.

Kesimpulannya, kamera realme C100i sesuai untuk pengguna biasa yang nak capture moment harian dengan mudah, bukan untuk photografi serius. Ia lebih kepada “cukup” untuk sosial media dan komunikasi harian.

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 19

Bateri

Bahagian bateri realme C100i merupakan selling point utama telefon ini, dan memang jelas realme menyasarkan pengguna yang perlukan ketahanan maksimum.

Sebagai Cheapest Battery Champion, realme C100i hadir dengan bateri berkapasiti 7,000mAh (Titan Battery) yang lebih besar daripada kebanyakan telefon pintar dalam kelas bajet. Dengan kapasiti ini, penggunaan harian adalah lebih lama — sesuai untuk scrolling media sosial, streaming, dan penggunaan luar rumah tanpa perlu risau cepat habis bateri.

Menariknya, ia juga menyokong reverse charging, maksudnya telefon pintar ini boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain menggunakan USB-C yang pastinya sangat berguna apabila keluar travel atau pada waktu kecemasan.

Dari segi pengecasan, ia menyokong 15W fast charging, namun dengan kapasiti bateri besar, masa yang diambil untuk pengecasan penuh adalah agak lama. 

ULASAN : realme C100i - Cheapest Battery Champion pada harga RM 599 sahaja 20

Penutup

Sama ada anda bekerja, bergerak, atau menggunakan telefon pintar secara aktif, realme C100i dilihat mampu meninggalkan baki bateri yang banyak, cukup untuk terus digunakan tanpa rasa risau perlu mencari pengecas segera.

Bagi para rider, inilah kelebihan paling besar yang benar-benar memberi impak. Telefon ini bertindak sebagai catalyst kepada produktiviti kerja kerana anda tidak lagi perlu bimbang bateri cepat habis ketika sedang berada di jalanan. Gangguan bateri bermaksud lebih banyak masa untuk menghantar tempahan, bergerak, dan seterusnya meningkatkan pendapatan harian.

Dengan realme C100i, ia bukan sekadar telefon pintar , tetapi medium yang membantu anda kekal konsisten dan efisien dalam kerja, sekaligus menyokong anda untuk terus menjadi punca rezeki utama dalam keluarga atau kepada orang tersayang.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa realme C100i sebagai The Cheapest Battery Champion ini benar-benar menjadi game changer dalam segmen entry-level, kerana ia menawarkan multiple wins dalam satu peranti — ketahanan, kebolehgunaan, dan produktiviti yang lebih tinggi dalam satu pakej.

Jika anda berminat, realme C100i akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 9 Mei ini pada harga RM 599 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.