Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 1

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa HONOR 600 Series 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April ini dan telefon pintar ini telah disahkan akan hadir dengan ciri AI Image to Video 2.0 yang tampil dengan tiga upgrade utama berbanding ciri AI Image to Video 1.0

Berikut adalah upgrade utama yang anda boleh nikmati pada ciri AI Image to Video 2.0 yang ditawarkan pada HONOR 600 Series.

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 3

Teknologi Multi-Image to Video terunggul dalam industri.

Ciri AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series kini menyokong sehingga 3 gambar bersama arahan (prompt) untuk menghasilkan video berdurasi 3 atau 5 saat. Anda juga boleh memilih video pada nisbah 9:16 atau 16:9.

Denga ciri AI Image to Video 2.0 ini, Anda boleh mencipta semula momen berharga dan menyeronokkan seperti “pelukan yang mustahil” bersama insan tersayang. Antara contoh idea yang boleh dilakukan adalah seperti seseorang ‘menghadiri’ majlis perkahwinan ibu bapanya sendiri atau video yang menyatukan dua insan yang berjauhan.

Ciri ini boleh di akses melalui Gallery > Create > Image to Video

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 4

Customized Prompts terkemuka dalam industri

HONOR 600 Series dengan ciri AI Image to Video 2.0 ini membolehkan anda menyesuaikan prompt sendiri dengan deskripsi yang ringkas untuk menghidupkan cerita anda.

Pernah terfikir untuk berenang bersama jerung atau menunggang dinosaur di hutan prasejarah? Malah idea kreatif seperti kucing anda menikmati kopi latte di kafe Paris juga boleh direalisasikan. Semua ini boleh dilakukan dengan hanya menulis prompt ringkas untuk mencipta dunia anda sendiri. Ini bukan sekadar suntingan foto, tetapi satu bentuk ekspresi digital baharu yang menghidupkan imaginasi menjadi momen visual yang boleh dikongsi.

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 5

Templat Pilihan terkemuka dalam industri

AI Image to Video 2.0 menawarkan pelbagai templat yang luas, menampilkan pergerakan kamera sinematik, kesan khas serta kualiti seperti filem.

AI Image to Video 2.0 menawarkan perpustakaan 13 templat dengan pergerakan kamera sinematik, kesan visual dan gaya filem. Sama ada anda mahu efek dramatik seperti Bullet Time atau Dolly Zoom, hasilnya kelihatan profesional. Daripada gaya santai seperti Pet Roleplay hingga kepada efek transformasi seperti Character Morph, semua ini membolehkan anda menukar gambar biasa menjadi visual berkualiti tinggi dengan mudah.

 

ULASAN : AI Image to Video 2.0 pada HONOR 600 Series 5G 6

Nantikan pelancaran HONOR 600 Series di Malaysia pada 22 April ini kerana lebih banyak kejutan akan diumumkan pada majlis pelancaran tersebut.

Baca : Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G – Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.