Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 1

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 2

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan REDMI A7 Pro, model Pro pertama dalam Siri REDMI A, yang menampilkan pelbagai ciri praktikal untuk memenuhi keperluan pengguna yang luas.

Redmi A7 Pro hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.9-inci dengan resolusi HD+, kecerahan puncak sehingga 800 nits dan kadar segar semula sehingga 120Hz, peranti ini memastikan visual yang jelas walaupun di bawah cahaya terang serta operasi yang lancar. Teknologi Wet Touch Technology 2.0 juga disertakan dan ini memastikan sentuhan kekal tepat dan responsif walaupun jari basah, berminyak atau bersabun serta pensijilan keselesaan mata TÜV Rheinland dan DC dimming, paparan ini memberikan pengalaman tontonan yang selesa sepanjang hari.

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 3

Selain itu, REDMI A7 Pro memiliki bateri berkapasiti 6000mAh yang mampu memberikan penggunaan lebih dua hari dengan sekali cas. Ia juga menyokong sehingga 49 jam panggilan, 35 jam tontonan video atau 77 jam muzik — sesuai untuk perjalanan jauh, maraton tontonan dan hiburan tanpa henti. Ia juga dijamin mempunyai ketahanan jangka panjang, yang mana ianya mampu mengekalkan lebih 80% kapasiti walaupun selepas 1000 kali cas.

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 4

Dari segi prestasi, REDMI A7 Pro dikuasakan pemproses UNISOC T7250 bersama storan berkelajuan tinggi UFS 2.2, memastikan penggunaan harian yang lancar. Dengan sokongan sehingga 8GB Extended RAM , peranti ini menawarkan prestasi yang lebih responsif apabila diperlukan.

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 5

Selain itu, REDMI A7 Pro turut menandakan kemunculan pertama Xiaomi HyperOS dalam Siri REDMI A, dengan pengenalan Xiaomi HyperOS 3 yang membawakan ciri lebih intuitif sepetti Google Gemini dan Circle to Search. Xiaomi HyperIsland pula memudahkan multitasking dengan lebih lancar, manakala Xiaomi Interconnectivity membolehkan sambungan yang lebih mudah antara peranti Xiaomi untuk kegunaan harian yang lebih fleksibel.

Dari segi kamera, REDMI A7 Pro hadir dengan kamera AI dwi 13MP serta kamera selfie 8MP dengan fungsi kecantikan menghasilkan selfie yang natural, manakala mod malam untuk kamera depan dan belakang membolehkan tangkapan yang jelas dalam keadaan cahaya rendah. Untuk suntingan kreatif, ciri AI Sky membolehkan langit dalam gambar dipertingkatkan dengan mudah, manakala Document Mode menukar kamera menjadi pengimbas mudah alih untuk resit, nota atau dokumen.

Dalam pada itu, REDMI A7 Pro memiliki rekaan yang nipis iaitu 8.15mm dan ianya menampilkan rekaan rekaan kepulauan kamera prismatik dengan beberapa pilihan warna menarik seperti Black, Mist Blue, Palm Green dan Sunset Orange. Direka untuk kegunaan harian, ia turut dilengkapi pelbagai ciri tambahan seperti pembesar suara 200% lebih kuat, bicu fon kepala 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan NFC untuk kemudahan penggunaan.

REDMI A7 Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 399- model Pro pertama REDMI A Series 6

REDMI A7 Pro kini boleh didapati di Malaysia dalam warna Sunset Orange, Black dan Mist Blue dengan dua pilihan storan iaitu pada harga RM 399 bagi versi 4/64GB dan RM 449 bagi versi 4/128GB.

Dapatkanya di semua Stor rasmi Xiaomi di seluruh negara, laman web rasmi mi.com,  serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.