HUAWEI MatePad Mini PaperMatte Display kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,399

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet mini pertama mereka di Malaysia iaitu Huawei MatePad Mini.
Tablet ini hadir dengan skrin 8.8-inci yang menggunakan panel Flexible OLED PaperMatte beresolusi 2,560 x 1,600 (nisbah 16:10) dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan sehingga 1,800 nits, paparan warna 10-bit serta pensijilan HDR Vivid.
Dari segi rekaan, ia agak kompak dengan ketebalan hanya 5.1mm dan berat sekitar 255g. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 6,400mAh bersama sokongan pengecasan pantas 66W, yang mampu mengecas penuh peranti dalam masa satu jam.
Selain itu, MatePad Mini ini dikuasakan cipset Kirin 9010B bersama 12GB RAM serta pilihan storan 256GB menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.3.
Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera hadapan 32MP (f/2.4) serta dua kamera belakang iaitu 50MP utama (f/1.8, autofokus) dan 8MP ultra-lebar (f/2.2, autofokus). Kamera belakang menyokong rakaman video 4K, manakala kamera hadapan terhad kepada 1080p.
Selain itu, tablet ini turut hadir dengan pengimbas cap jari yang terbina pada butang kuasa di bahagian sisi, pembesar suara stereo, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.2.
Akhir sekali, HUAWEI MatePad Mini kini ditawarkan di Malaysia didalam warna Spurce Green pada harga RM 2,399 dengan setiap pembelian awal juga boleh menikmati RM 200 baucar diskaun, Folio Cover Spruce Green dan M-Pencil Pro White.

