Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : vivo V70 FE – Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 1

vivo V70 FE

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 2
vivo V70 FE

PENGENALAN

Dalam pasaran smartphone hari ini, ramai pengguna mahukan keseimbangan antara prestasi, kamera dan reka bentuk premium — tanpa perlu membayar harga flagship. Dengan pelancaran vivo V70 FE, vivo memenuhi keperluan tersebut melalui gabungan spesifikasi berkuasa dan rekaan yang minimalis tetapi premium.

vivo V70 FE ini hadir dengan rekaan yang digelar “Flagship-Grade Minimalist Design”, menampilkan kerangka yang nipis dan  premium secara keseluruhanya.

Tidak setakat pada design, vivo V70 FE juga hadir dengan fokus utama pada pengalaman penggunaan harian termasuk sensor utama 200MP OIS Ultra-Clear, bateri 7000mAh dengan 90W FlashCharge, serta perlindungan IP68 & IP69untuk ketahanan lebih baik.

Namun persoalannya, adakah telefon ini sekadar nampak premium di luar, atau benar-benar mampu memberikan pengalaman yang seimbang dari segi kamera, prestasi dan ketahanan?

Dalam review ini, kita akan kupas semuanya — dari design, kamera, performance, yang memberikan gambar jelas samada vivo V70 FE ini berbaloi untuk dimiliki atau tidak.

Berikut adalah ulasan vivo V70 FE yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,599

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 3

REKA BENTUK

Dari segi reka bentuk, vivo V70 FE membawa pendekatan yang minimalis dan moden namun masih mengekalkan elemen premium yang biasanya ditemui pada peranti flagship.

Pada bahagian belakang, vivo V70 FE hadir dengan modul kamera Dynamic Ring Design yang menegak dan ini menjadikanya tampil lebih kemas dan seimbang. Kemasan belakang pula menampilkan efek berkilau halus (shimmering highlights), memberi refleksi cahaya yang lembut.

Beralih ke bahagian hadapan, vivo V70 FE memiliki bezel yang nipis iaitu dengan ukuran bezel atas dan sisi 1.35mm manakala size bezel pada bahagian bawah adalah sekitar 1.86mm (hampir 20% lebih nipis berbanding bezel bawah vivo V60 Lite). Ini membolehkan nisbah skrin-ke-badan mencecah kira-kira 94.4%, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih imersif, setanding dengan beberapa model flagship di pasaran.

Seterusnya, vivo V70 FR hadir dengan profil yang nipis dengan ketebalan sekitar 7.59mm dan berat 200gram. Reka bentuk ultra-thin flat screen ini juga memastikan pegangan terasa lebih kukuh mirip telefon pintar kelas flagship.

Dari aspek kemasan, vivo V70 FE akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu warna ‘hero’ Muse Purple yang menonjol dengan teknik Radiant Flow Process, menghasilkan efek gradient yang berubah mengikut sudut cahaya. Tambahan corak seperti Sunlight Bloom Pattern memberikan tekstur visual yang lebih sangat menarik. Dua warna lain yang ditawarkan bagi V70 FE adalah Ocean Blue dan Titanium Silver.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 4

Menariknya, vivo V70 FE turut hadir dengan penarafan IP68 dan IP69, menjadikannya kalis habuk dan air pada tahap tinggi. Ia mampu bertahan sehingga 2 jam pada kedalaman air sehingga 1.5 meter selain turut menyokong fungsi fotografi bawah air — satu ciri yang jarang ditawarkan dalam segmen harga ini.

Selepas menggunakan mod fotografi bawah air, vivo V70 FE turut dilengkapi dengan ciri praktikal seperti One-Tap Water Ejection dan Dust Removal. Fungsi ini boleh diakses melalui menu Manager > Tools, di mana vivo V70 FE akan memainkan audio pada tahap maksimum selama kira-kira 30 saat untuk membantu mengeluarkan  air atau habuk yang ada pada bahagian speaker.

Secara Keseluruhannya, reka bentuk V70 FE bukan sabaja menampilakn rekaan yang menarik, ia juga praktikal dan tahan lasak. Ini selari dengan pendekatan vivo yang memposisikan peranti ini sebagai menawarkan pengalaman penggunaan paling boleh dipercayai dalam sejarah mereka, menggabungkan rekaan, ergonomik dan ketahanan dalam satu pakej yang seimbang.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 5

SKRIN PAPARAN

vivo V70 FE hadir dengan skrin paparan berukuran 6.83-inci menggunakan panel AMOLED 1.5K yang memiliki  kepadatan piksel sekitar 449 PPI, menghasilkan imej yang tajam dan jelas sama ada untuk tontonan video, media sosial mahupun gaming. vivo V70 FE juga memiliki kadar segar semula 120Hz, yang memastikan visual pada skrin lebih smooth sama ada ketika scrolling, animasi sistem atau gaming.

Selain itu, paparan ini juga menyokong 1.07 bilion warna bersama HDR10+, memberikan penghasilan warna yang lebih realistik dengan gradasi yang lebih halus dan hampir tiada kesan color banding. Panel ini juga mampu mencapai kecerahan maksima sehingga 1900 nits (HBM brightness), menjadikannya mudah digunakan walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Dalam pada itu , paparan ini turut mengintegrasikan optical fingerprint sensor di dalam skrin, membolehkan proses nyahkunci dilakukan dengan pantas dan konsisten. Kedudukannya yang mudah dicapai menjadikan penggunaan harian lebih praktikal, tanpa perlu bergantung kepada butang fizikal.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 6

PEMPROSES

Dari segi prestasi, vivo V70 FE dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo yang dibina menggunakan proses 4nm. Cip ini menggunakan konfigurasi 8-teras dengan gabungan performance core dan efficiency core, memberikan keseimbangan antara kuasa dan kecekapan tenaga. Dalam penggunaan harian, prestasinya terasa lancar sama ada untuk multitasking, media sosial, mahupun gaming sederhana hingga berat.

Dipadankan dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB (LPDDR5) serta storan 256GB atau 512GB (UFS 3.1), kombinasi ini memastikan respon sistem yang pantas. Aplikasi boleh dibuka dengan cepat, penukaran antara apps lebih smooth, dan loading game juga terasa lebih singkat berbanding generasi sebelumnya.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 7

Dari aspek penyejukan, vivo turut menyertakan Ultra Large VC Smart Cooling System dengan vapor chamber bersaiz besar. Sistem ini membantu mengawal suhu peranti dengan lebih efisien, terutama ketika sesi gaming atau penggunaan intensif yang panjang, sekaligus mengurangkan risiko thermal throttling.

Selain itu, keupayaan sambungan juga dipertingkat melalui AI SuperLink dengan sistem antena 360°, yang memberikan liputan isyarat lebih stabil walaupun dalam situasi mencabar seperti kawasan kurang liputan atau ketika memegang telefon dalam pelbagai posisi.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 8

Seterusnya, vivo V70 juga dikuasakan dengan OriginOS  yang dilengkapi dengan pelbagai ciri AI bersama jaminan kemas kini Android sehingga 4 tahun bersama kemas kini keselamatan selama 6 tahun. Ini satu kelebihan penting kerana ia memastikan peranti kekal relevan, selamat dan mendapat ciri baharu untuk tempoh penggunaan yang lebih lama.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 9

Selain itu, vivo turut hadir dengan ciri Origin Island yang berfungsi sebagai ruang notifikasi pintar di bahagian atas skrin. Ia memaparkan maklumat penting secara masa nyata dalam bentuk kapsul dinamik, seperti status bateri, rakaman suara, sambungan peranti audio, serta kemajuan aktiviti seperti penghantaran makanan atau muzik yang sedang dimainkan.

Selain itu, Origin Island juga menyokong fungsi Copy & Go dan Drag & Go, yang membolehkan pengguna menyalin atau menyeret teks, imej atau maklumat terus ke kawasan tersebut untuk membuka aplikasi berkaitan secara automatik. Contohnya, nombor telefon boleh terus dibuka dalam aplikasi panggilan, manakala imej boleh dikongsi dengan cepat ke aplikasi sosial.

Ciri ini turut menawarkan Suggestion Island, di mana sistem akan memberi cadangan pintar berdasarkan situasi penggunaan, seperti navigasi perjalanan harian atau maklumat mesyuarat. Secara keseluruhan, Origin Island membantu menjadikan interaksi dengan peranti lebih pantas dan praktikal tanpa perlu menukar aplikasi secara manual.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 10

AI Search – Masalah mencari fail lama atau mesej yang terselindung kini selesai dengan AI Search. Berbeza dengan carian biasa, ia memahami bahasa natural. Anda tidak perlu ingat nama fail yang tepat; cukup sekadar menaip “laporan akademik bulan lepas” atau “tempahan hotel di Kuala Lumpur”, dan AI akan memaparkan dokumen tersebut dengan tepat.

AI Creation – Sama ada anda buntu mencari idea atau ingin memurnikan e-mel rasmi, AI Creation sedia membantu. Ciri ini bertindak sebagai editor peribadi yang boleh:

• Summarize: Memendekkan teks yang panjang.

• Polishing: Membaiki gaya bahasa agar lebih profesional.

• Templat Pintar: Membantu menghasilkan draf untuk artikel, nota mesyuarat, dan perkongsian kreatif dengan lebih efisien.

AI Captions

AI Captions bukan sekadar memaparkan sari kata, tetapi berfungsi sebagai pembantu mesyuarat yang lengkap:

  • Transkripsi Real-Time: Menukar percakapan terus kepada teks supaya anda tidak perlu lagi menyalin nota secara manual.
  • Terjemahan Langsung: Menyokong pelbagai bahasa (termasuk Melayu, Inggeris, dan Cina) untuk memudahkan komunikasi antarabangsa.
  • Ringkasan Pintar: Selepas mesyuarat tamat, anda boleh menjana ringkasan (summary) tentang perkara penting yang dibincangkan dengan hanya satu klik.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 11

One-Tap Transfer

Selain itu, vivo V70 FE turut menawarkan ciri One-Tap Transfer, yang memudahkan proses pemindahan fail antara peranti. Dengan hanya mendekatkan dua peranti, pengguna boleh menghantar gambar, video dan dokumen dengan pantas tanpa perlu melalui proses pairing yang rumit.

Menariknya, fungsi ini bukan sahaja terhad kepada sesama peranti vivo, tetapi juga menyokong pemindahan ke peranti Apple (iPhone).

Secara keseluruhan, vivo V70 FE menawarkan prestasi yang seimbang — bukan sekadar laju untuk kegunaan harian, tetapi juga cukup stabil untuk penggunaan jangka panjang dengan sokongan perisian yang agak menyeluruh dalam kelasnya.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 12

KAMERA

vivo V70 FE hadir dengan sensor utama 200MP OIS Ultra-Clear bersama sensor ultrawide 8MP 120° dan AI Aura Light. Sensor utama vivo V70 FE sudah pastinya mencuri tumpuan kerana ianya adalah sensor 1/1.56″ yang menawarkan peningkatan 42% dalam penyerapan cahaya berbanding sensor yang digunakan pada vivo V60 Lite.

Walaupun tidak dilengkapi lensa telefoto sebenar, vivo V70 FE telah menggunakan pendekatan AI 30x zoom untuk memberikan fleksibiliti tambahan. Ianya turut memiliki tindak balas lebih pantas terhadap gegaran, meningkatkan kestabilan penggambaran tangan (handheld shooting) sekaligus mencapai stabilization CIPA 4.0.

vivo turut menyertakan pelbagai fungsi AI yang menjadikan pengalaman fotografi lebih mudah:

    • AI Magic Weather – ubah suasana langit dan pencahayaan.
    • AI Magic Landscape – buang objek yang menggangguz
    • AI Portrait Effects – efek kreatif mengikut tema.
    • AI Retouch – membawakan ciri seperti AI Eraser 3.0, AI UHD yang meningkatkan resolusi gambar yang kabur atau lama dan AI Color Adjustment.

Dengan sensor utama vivo V70 FE ini, ianya juga menawarkan fotografi potret telefoto 85 mm (3.7x) yang mendekatkan subjek dan memberikan kompresi telefoto sebenar. Apertur yang besar menghasilkan blur latar belakang yang cantik, menjadikan subjek lebih menonjol sambil menangkap ekspresi dan emosi halus dengan fokus yang tajam. Ia membolehkan anda mengambil potret sinematik dengan mudah.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 27

BATERI

vivo V70 FE hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh BlueVolt yang mana ianya adalah kapasiti yang sangat besar bagi sebuah telefon pintar senipis 7.99mm ini.

Menariknya, vivo V70 FE juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas  90W FlashCharge yang menawarkan pengecasan dari 0% ke 100 dalam masa sekitar 60 minit dalam mod Fast Charging manakala 10 minit pengecasan cukup menonton YouTube selama 10 jam atau bermain MLBB selama 3 jam.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 28

Teknologi Pintar & Jangka Hayat

Bypass Charging: Menyalurkan kuasa terus ke sistem tanpa melalui bateri ketika bermain game, sekaligus mengurangkan haba dan menjaga kesihatan bateri.

Kesihatan Bateri 5-Tahun: vivo menjamin bateri ini kekal tahan lama dan tahan lasak walaupun selepas 5 tahun penggunaan harian.

Reka Bentuk Slim: Walaupun berkapasiti 7000 mAh, ia tetap nipis hasil teknologi Carbon Element Reassembly dan pembungkusan bateri Magic Cube.

ULASAN : vivo V70 FE - Sensor 200MP Flagship bersama Bateri 7,000mAh 29

PENUTUP

vivo V70 FE terbukti sebagai satu lagi telefon pintar kelas midrange terbaru yang mempunyai keupayaan untuk menawarkan alternatif yang berbaloi pada

pasaran yang sangat kompetitif ini. Penggunaan sensor utama 200MP dengan OIS dan bateri BlueVolt berkapasiti 7,000mAh meletakkan telefon pintar terbaru vivo sebagai pilihan terbaik untuk sesiapa yang mahu gabungan teknologi, kreativiti, dan gaya dalam satu peranti.

vivo V70 FE kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,599.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.