Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 1

Screenshot

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 2

Pada tahun 2021, HUAWEI telah memperkenalkan generasi pertama HUAWEI WATCH GT Runner, yang membawa konsep latihan berasaskan sains kepada ramai pelari. Selepas lima tahun penyelidikan tanpa henti, HUAWEI kini melangkah lebih maju dalam pasaran jam larian profesional dengan memperkenalkan HUAWEI WATCH GT Runner 2, hasil daripada kepakaran dan penyelidikan yang mendalam.

Jam pintar larian canggih ini direka khas untuk pelari, menggabungkan ketepatan lokasi ultra-tinggi, latihan berasaskan sains, serta rekaan yang sangat selesa dipakai. Dengan sistem ultra-precision positioning, setiap kilometer larian anda direkod dengan konsisten dan tepat. Mod Marathon pintar pula memberikan sokongan menyeluruh dari saat anda mula berlari sehingga tamat larian.

Selain itu, rekaan WATCH GT Runner 2 yang ringan dan ergonomik memastikan pengalaman pemakaian yang lancar, menjadikan setiap larian terasa lebih mudah dan menyeronokkan.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 3

Reka Bentuk & Keselesaan Pemakaian

HUAWEI WATCH GT Runner 2 hadir dengan rekaan yang diinspirasikan daripada “aesthetics of speed ” dan pelari maraton,  yang mana reka bentuk bezel jam tangan pintar khas larian ini adalah menyerupai hab roda F1, lengkap dengan corak bergerigi berongga yang menggambarkan sensasi membelah angin.

Selain itu, WATCH GT Runner 2 mempunyai berat sekitar 34.5g (43.5g termasuk strap), ia merupakan jam larian logam paling ringan dalam industri. Ianya mempunyai diameter 43.5mm dan badan ultra nipis 10.7mm yang direka mengikut lengkungan semula jadi pergelangan tangan sekaligus memberikan pengguna keselesaan maksimum, kurang “bouncing” semasa berlari dan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tepat

Dalam pada itu, HUAWEI WATCH GT Runner 2 tampil dengan rekaan yang universal menjadikanya sesuai untuk dipakai oleh lelaki atau wanita, memastikan pengalaman pemakaian yang stabil dan selesa sepanjang aktiviti larian.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 4

Ketahanan

HUAWEI WATCH GT Runner 2 dihasilkan dengan penggunaan bahan aloi titanium gred aeroangkasa yang menjadikannya sangat ringan namun mempunyai ketahanan bertaraf profesional. Selain itu, Kunlun Glass Generasi Ke-2 pula menawarkan ketahanan hentakan 20 kali ganda berbanding kaca biasa, memastikan perlindungan maksimum tanpa penambahan kepada berat peranti.

Dalam pada itu, jam tangan pintar terbaru HUAWEI ini juga hadir dengan teknologi nanomolding bersama reka bentuk gasket antena baharu yang membantu mengoptimumkan prestasi isyarat, sambil mengekalkan penampilan yang sleek dan sporty.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 5

Bercakap mengenai pilihan strap yang ditawarkan, anda boleh mendapatkan HUAWEI WATCH GT Runner 2 dalam  tiga pilihan warna yang diinspirasikan daripada langit iaitu Dawn Orange, Dusk Blue dan Midnight Black.

Setiap varian turut dilengkapi dengan tali AirDry™ jenis tenunan yang breathable dan kalis air, atau pilihan tali fluoroelastomer yang lebih tahan lasak.

Lebih lanjut, warna gradient pula dihasilkan melalui teknologi wick-dyeing yang canggih, menggabungkan elemen estetik dan prestasi untuk melengkapkan pengalaman setiap pelari.

Inovasi & Keselesaan

Setiap perincian HUAWEI WATCH GT Runner 2, daripada kerangka yang ringan hingga ke reka bentuk muka jam yang melengkung, ia membantu pelari fokus pada prestasi, mengurangkan tekanan pada pergelangan tangan, serta memberikan kelincahan dan ketepatan dalam setiap langkah yang dilakukan.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 6

ULTRA Precise

HUAWEI WATCH GT Runner 2 adalah sebuah jam tangan yang direka khas untuk pelari yang menuntut ketepatan data dan ini menjadi satu kemungkinan dengan teknologi positioning terkini, ia menawarkan penjejakan larian yang tepat dan boleh dipercayai, membolehkan atlet berlatih secara lebih saintifik serta mengukur setiap kemajuan dalam larian dengan penuh keyakinan.

3D Floating Antenna Architecture – Isyarat Lebih Kuat, Di Mana Jua Anda Berlari

Jam HUAWEI WATCH GT Runner 2 ini memperkenalkan 3D Floating Antenna Architecture yang revolusioner, menggabungkan bingkai tengah logam, bezel dielektrik, dan bezel titanium. Gabungan ini mengoptimumkan kecekapan tenaga, meningkatkan penerimaan isyarat, serta memastikan prestasi yang konsisten walaupun dalam persekitaran mencabar seperti bangunan tinggi di bandar, terowong, laluan berbumbungkan pokok, atau jejambat.

Kekuatan isyarat hasil penggunaan 3D Floating Antenna Architecture adalah 3.5 kali lebih kuat berbanding generasi sebelumnya, memberikan ketepatan yang tiada tandingan bagi pelbagai metrik utama larian seperti laluan, jarak, dan pace.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 7

Menyokong dual-band, full-system positioning :

HUAWEI WATCH GT Runner 2 hadir dengan sokongan penentududukan yang menyeluruh yang termasuk GPS, GLONASS, GALILEO, BeiDou, QZSS, dan NavIC, sekali gus menawarkan liputan global serta pengesanan isyarat yang pantas.

Selain itu, rekaan ini juga mengurangkan peratusan ralat jarak akibat isyarat lemah, membolehkan pelari kekal fokus tanpa perlu risau tentang ketidaktepatan penjejakan.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 8

Intelligent X-DR Positioning Algorithm – Penjejakan Lancar, Walaupun Tanpa Isyarat

Berlari melalui terowong, kawasan berbukit, atau di bawah litupan pokok yang tebal sering mengganggu penjejakan namun HUAWEI WATCH GT Runner 2 mengatasi cabaran ini dengan algoritma penentududukan gabungan pintar yang pertama seumpamanya.

Ia menggabungkan data sensor lanjutan daripada accelerometer dan gyroscope bersama teknologi penentududukan X-DR untuk membina semula laluan larian walaupun isyarat GPS terputus.

Apabila sambungan kembali pulih, jam WATCH GT Runner 2 secara automatik menyelaraskan data yang direkodkan dengan laluan sebenar, mengurangkan ralat dan memastikan rekod jarak, pace, serta laluan yang berterusan dan tepat.

Ini membolehkan pelari berlatih dengan keyakinan penuh, mengetahui setiap langkah diukur dengan tepat, setiap laluan direkodkan, dan kemajuan dipantau dengan data yang boleh dipercayai.

Sama ada anda berlari di jalan bandar, meneroka laluan off-road, atau menyertai maraton, HUAWEI WATCH GT Runner 2 memberikan kebolehpercayaan penentududukan yang tiada tandingan, merakam setiap langkah dengan ketepatan bertaraf profesional.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 9

ULTRA SMART – Jurulatih maraton di pergelangan tangan anda

Intelligent Marathon Mode

HUAWEI WATCH GT Runner 2 juga membawakan mod Marathon khusus yang menyediakan penyelesaian pintar dan profesional secara menyeluruh untuk membantu pelari mencapai rekod peribadi (PB) atau sasaran perlumbaan dengan lebih mudah.

  • Pengurusan perlumbaan (penyelarasan kalendar maraton pintar dan pengurusan sasaran maraton)
  • Pra-perlumbaan (cadangan laluan, pelan latihan pintar, serta ringkasan kesihatan dan kecergasan)
  • Semasa perlumbaan (strategi pace, strategi pengambilan tenaga, siaran suara AI, dan kecergasan masa nyata)
  • Pasca-perlumbaan (perkongsian analisis eksklusif selepas perlumbaan & Tempoh Pemulihan Dinamik ).

Running Power – Dibangunkan Bersama Atlet Bertaraf Dunia

  • Dibangunkan dengan kerjasama pasukan larian dsm-firmenich, termasuk Eliud Kipchoge.
  • HUAWEI WATCH GT Runner 2 mengukur kekuatan mekanikal setiap langkah, melangkaui data kadar denyutan jantung tradisional yang membolehkan pelari mengoptimumkan stride, cadence, dan sentuhan kaki ke tanah, sekali gus meningkatkan kecekapan serta ketepatan latihan.
  • Amat sesuai untuk atlet profesional mahupun amatur dalam latihan berasaskan data yang lebih sistematik.

Pengesanan Lactate Threshold – Panduan Tepat dalam Setiap Latihan

  • Jam tangan khas larian daripada HUAWEI ini dikuasakan oleh sistem TruSense yang menawarkan ketepatan pemantauan kadar denyutan jantung sehingga 98%.
  • Mengatasi cabaran persekitaran dan fisiologi seperti tona kulit, saiz pergelangan tangan, dan keadaan cuaca.
  • Algoritma Lactate Threshold  tanpa invasif ini mengira tahap ambang semasa latihan intensiti sederhana hingga tinggi.
  • Membantu menganggarkan masa penamat perlumbaan, merancang intensiti latihan, dan mengoptimumkan prestasi.
  • Menjejak masa pemulihan, tidur, stres, dan HRV untuk memberikan cadangan beban latihan yang diperibadikan bagi mengelakkan overtraining.

Running Ability Index (RAI) – Serlahkan Potensi Anda

  • Menilai daya tahan, teknik, dan kecekapan larian secara keseluruhan menggunakan metrik pace, kadar denyutan jantung, dan bentuk larian.
  • Menyediakan analisis selepas larian untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, dan kemajuan.
  • Mengumpul data daripada pelbagai sesi larian untuk membina pelan perkembangan jangka panjang dari peringkat asas hingga tahap lanjutan.

Metrik Komprehensif – Panduan Khusus untuk Setiap Pelari

  • Memantau kualiti tidur, kadar denyutan jantung rehat, HRV, dan metrik pemulihan.
  • Menyediakan indeks jangka panjang seperti beban latihan, tahap keletihan, dan kecergasan.
  • Menganalisis bentuk larian (masa sentuhan tanah, keseimbangan, kecekapan langkah) serta memberikan cadangan penambahbaikan yang praktikal.
  • Menjamin panduan yang benar-benar diperibadikan untuk membantu pelari berlatih dengan lebih bijak, pulih lebih cepat, dan mencapai sasaran dengan lebih efisien.

HUAWEI WATCH GT Runner 2 merupakan rakan jurulatih pintar serba lengkap, menterjemahkan sains sukan profesional ke dalam latihan harian untuk pelari di semua peringkat.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 10

ULTRA PERFORMANCE – Kuasa hebat tanpa membebankan anda

Lebih 100 Mod Sukan

Trail Run: Menyokong peta luar talian, navigasi berasaskan segmen, ketinggian laluan, pemantauan cerun, serta grade-adjusted pace (GAP) untuk membantu pelari merancang rentak dan mencabar had mereka.

Golf: Menyokong peta untuk lebih 17,000 padang golf di seluruh dunia. Paparan fairway 3D dengan butiran green, fairway dan bunker yang jelas sepintas lalu.

Ski: Mengesan secara automatik antara ski menurun dan penggunaan lif atau “magic carpet”. Menyediakan data lengkap setiap larian seperti purata cerun dan kelajuan maksimum, dengan sokongan sehingga 100 rekod larian.

  • Sehingga 32 Jam Penjejakan Sukan Berterusan
  • Penggunaan Ringan: Sehingga 14 hari
  • Penggunaan Biasa: Sehingga 7 hari

Mod Sukan Outdoor: Sehingga 32 jam — cukup untuk menempuh lima maraton penuh atau cabaran ekstrem ultramaraton 100 km.

HUAWEI WATCH GT Runner 2 mentakrif semula standard titanium untuk jam larian — menawarkan reka bentuk ultra ringan dengan penjejakan ultra tepat, analisis pintar yang canggih, serta prestasi unggul untuk pelari di setiap peringkat.

HUAWEI WATCH GT Runner 2: Teman Larian Terunggul untuk Setiap Level Pelari 11
HUAWEI WATCH GT Runner 2 adalah lebih dari pelbagai aspek dan fungsi yang menjadikanya jam tangan pintar larian yang terbaik untuk dimiliki.

Dapatkan HUAWEI WATCH GT Runner 2

HUAWEI WATCH GT Runner 2 akan ditawarkan di Malaysia pada 21 April,dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,480.90 yang termasuk HUAWEI FreeArc bernilai RM599, 1 tahun waranti Apac bernilai RM299, Inbox Fluroelastromer Watch Strap bernilai RM149  dan HUAWEI Health MultiPass bernilai RM433.90

DAPATKAN HUAWEI WATCH GT 2 Runner di

🛒 HUAWEI EXPERIENCE STORE

🛒HUAWEI Official STORE DI SHOPEE

🛒HUAWEI Flagship STORE DI LAZADA

🛒 HUAWEI STORE DI TIKTOK SHOP 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.