HUAWEI MatePad 12 X 2026 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 2,499
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan tablet terbaru mereka iaitu HUAWEI MatePad 12 X 2026.
HUAWEI MatePad 12 X 2026 hadir dengan skrin paparan PaperMatte berukuran 12-inci dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga hadir dengan kadar kecerahan mencecah 1,000nits.
Selain itu, tablet terbaru HUAWEI ini juga memiliki reka bentuk yang nipis iaitu hanya 5.9mm dengan berat 555 gram dan turut disertakan dengan HUAWEI M Pencil generasi ketiga serta papan kekunci HUAWEI Magnetic Keyboard.
Seterusnya, MatePad 12 X 2026 akan hadir dengan cip Kirin T90A dengan HarmonyOS 4.2, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Ianya juga memiliki aplikasi WPS Office 3.0 setaraf PC dan HUAWEI Notes serta aplikasi GoPaint.
Dalam pada itu, tablet ini juga memiliki bateri berkapasiti 10,100mAh bersama pengecasan pantas 66W. Ianya turut memiliki Wi-Fi 7, kamera belakang 13MP + 8MP dan kamera hadapan 8MP.
Akhir sekali, HUAWEI MatePad 12 X 2026 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai 1,047 yang termasuk HUAWEI M-Pencil Pro dan HUAWEI Wireless Mouse serta 1 tahun lanjutan waranti.


