nubia Air kini rasmi di Malaysia dengan rekaan seperti iPhone Air
nubia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar nubia Air yang sudah pastinya mencuri tumpuan pengguna susulan pelancaran iPhone Air baru-baru ini.
Menariknya, pelancaran nubia Air ni adalah untuk pasaran global dan ianya juga telah mula ditawarkan di Malaysia.
Terus ke spesifikasi, nubia Air hadir memiliki skrin paparan 1.5K AMOLED berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan mencecah 4,500nits serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 7i. Ianya dikuasakan cip 6nm Unisoc 78300 5G bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Beralih ke kamera, nubia Air memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan sensor AI. Kamera selfie adalah unit 20MP.
Dalam pada itu, nubia Air juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.
Lain-lain spesifikasi nubia Air adalah ciri AI Magic Photos, nubia linkfree (panggilan dan mesej tanpa rangkaian), sensor capjari dalam skrin, Google Gemini dan AI Real-time Translate.
Dari segi rekaan pula, nubia Air memiliki kerangka aluminium aloi berukuran 5.9mm yang terbukti sangat tahan lasak (melalui ujian ketahanan yang melibatkan 600,000 sentuhan skrin, 6,000 ‘drop test’, 600 ‘rolling test’ dan 5 pusingan ‘free fall test’. Ia juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69.
Akhir sekali, nubia Air kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Black dan Titanium Desert namun terdapat diskaun jualan awal sebanyak RM 200.
nubia Air kini boleh dibeli melalui stor atas talian rasmi nubia Redmagic di Shopee atau secara offline di
IOI City Mall – SK-17, Second Floor, IOI City Mall, IOI Resort, 62502 City, Wilayah Persekutuan Putrajaya
IOI Mall Puchong – S28, Second Floor, IOI Mall Puchong, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Lowyat Plaza – Lot UG




