Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia V60 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 588 sahaja

Nubia secara rasminya telah mengesahkan pelancaran  telefon pintar terbaru di Malaysia iaitu nubia V60.

nubia V60 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama animasi Live Island, dikuasakan cip Unisoc T606 bersama 4GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Selain itu, nubia V60 juga memiliki sensor utama 50MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP dibahagian belakang manakala sensor selfie adalah 32MP. Ianya turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 22.5W.

lain-lain ciri nubia V60 adalah sensor capjari pada butang kuasa, NFC, pembesar suara DTS dan kemasan Sky-mirror glass.

nubia V60 kini ditawarkan pada harga RM 588 di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.