Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 7,300mAh – dari RM 1,399

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 7,300mAh - dari RM 1,399 1

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 7,300mAh - dari RM 1,399 2

iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar iQOO Z10 5G bagi pasaran Malaysia yang tampil dengan bateri gergasi 7,300mAh.

Selain bateri berkapasiti tinggi, iQOO Z10 5G boleh diklasifikasikan sebagai antara yang terbaik pada segmen harganya.

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 7,300mAh - dari RM 1,399 3

Bercakap mengenai spesifikasi, iQOO Z10 hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.77-inci yang memiliki kecerahan maksima mencecah 5,000nits. Ianya juga dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256/512GB serta FunTouch OS 15 (Android 15).

iQOO Z10 5G kini rasmi di Malaysia dengan bateri 7,300mAh - dari RM 1,399 4

Beralih kepada kamera, iQOO Z10 5G tampil dengan sensor utama 50MP IMX882 dengan OIS bersama sensor  bokeh 2MP dan kamera selfie 32MP.

Seperti dimaklumkan, telefon pintar ini memiliki bateri BlueVolt berkapasiti 7,300mAh dan ianya turut disertakan bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge.

Akhir sekali, iQOO Z10 5G kini ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu Glacier Silver dan Stellar Black pada harga RM 1,399 bagi versi 12/256GB dan RM 1,599 bagi versi 12/512GB. Setiap pra-tempahan akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 488.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.