Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : iQOO Z10 5G – bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 1

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 2Pengenalan

Selepas pelancaran iQOO 13 sebagai telefon pintar flagship killer sebelum disusuli iQOO Neo 10 sebagai midrange killer, iQOO telah membawa masuk satu lagi telefon pintar syarikat ini ke pasaran Malaysia iaitu iQOO Z10 5G

iQOO Z10 5G adalah telefon pintar kelas midrange yang dilihat memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan ketahanan bateri yang luar biasa seperti pemandu Grab, penghantar makanan dan pekerja gig.

Bateri yang digunakan pada iQOO Z10 ini adalah bateri berkapasiti 7,300mAh yang mampu memberikan penggunaan aplikasi berkaitan kerja gig seperti Grab, FoodPanda, Lalamove dan Shopee untuk tempoh yang lebih lama tanpa memerlukan pengecasan.

iQOO Z10 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 1,399 dan telefon pintar ini bukan sekadar memiliki bateri yang besar, ianya juga tampil bersama pakej peranti yang cukup menggagumkan bagi telefon pintar didalam segmen harga ini.

Jom teruskan membaca ulasan iQOO Z10 5G yang kini telah tiba di Malaysia

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 3

Reka Bentuk

iQOO Z10 5G menampilkan profil rekaan yang berbeza berbanding dua model telefon pintar iQOO yang dilancarkan sebelum ini iaitu iQOO 13 dan iQOO Neo 10. Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP65.

iQOO Z10 5G menampilkan reka bentuk panel belakang yang menampilkan modul kamera gergasi ditengah-tengah berhampiran bahagian atas peranti. Modul kamera ini juga tampil dengan kemasan kemasan bergerigi seperti kemasan jam mewah yang mana ianya kebiaasanya digunakan pada peranti tahap flagship.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 4

Selain itu, iQOO Z10 juga mempunyai rekaan yang sedikit kesemua sisi hadapan dan belakang yang memberikan cengkaman lebih kukuh. Ianya juga memiliki kerangka yang diperbuat daripada keluli dengan kemasan matte menjadikanya sentiasa bebas dari kesan capjari dan calar yang mungkin mula kelihatan selepas lama digunakan.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 5

Seterusnya, panel belakang iQOO Z10 ini diperbuat daripada plastik komposit yang mana ianya juga memiliki kemasan matte untuk memberikan sifat anti-capjari yang sangat baik. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Glacier Silver dan Stellar Black.

Glacier Silver menjelmakan kelajuan dan kuasa, diinspirasikan oleh kereta lumba, melambangkan gabungan teknologi dan kecekapan yang lancar manakala Stellar Black pula bergema dengan warna hitam yang mewah, berinspirasikan kosmik dengan kemasan berkilauan dan matte yang halus yang memberikan penampilan kelas tertinggi.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 6

Secara keseluruhan, iQOO Z10 5G memiliki profil rekaan yang agak premium dan dengan ketebalan sekitar 7.89mm bagi telefon pintar dengan bateri 7,300mAh adalah sesuatu yang harus diberikan pujian.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 7

Skrin Paparan

iQOO Z10 5G hadir dengan skrin paparan yang boleh ditakrifkan sebagai hampir setaraf flagship kerana panel EyeCare AMOLED yang digunakan pada telefon pintar ini bukan hanya menyokong kadar segar semula 120Hz malah ia turut menawarkan kadar kecerahan puncak mencecah 5,000nits.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 8

Skrin paparan yang digunakan pada iQOO Z10 5G ini adalah berukuran 6.77-inci bersama resolusi FHD+ dan ianya kepadatan piksel 387ppi. Ianya juga memiliki bingkai bulat dan lengkungan sudut 40° (golden ratio) yang memberikan cengkaman yang selesa dan kukuh.

Selain itu, bezel sisi skrin iQOO Z10 5G juga berada pada tahap flagship dimana ianya adalah berukuran 1.86mm sahaja untuk pengalaman visual yang memuaskan.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 9

Beralih kepada tetapan kadar segar semula yang ditawarkan, anda boleh mempunyai tiga pilihan tetapan kadar segar semula iaitu Smart Switch, Standard dan High. Terdapat juga mod Visual Enhancement untuk tiga aplikasi iaitu Video, YouTube dan Netflix.

Selain itu, panel skrin iQOO Z10 5G ini juga mempunyai sensor capjari dalam skrin yang mana ianya adalah jenis optikal dan terdapat juga beberapa ciri perlindungan mata yang boleh diaktifkan seperti Anti-Fatigue Brightness.

Seterusnya, penawaran ciri perlindungan mata yang komprehensif membolehkan iQOO Z10 5G menerima pensijilan SGS Low Blue Light, Hardware-Enabled Low Blue Light dan 3840 Hz Anti-Flicker Eye Protection.

Secara keseluruhan, skrin paparan yang digunakan pada iQOO Z10 5G terbukti sebagai skrin paparan yang mampu memberikan anda kepuasan penggunaan baik ketika menonton kandungan multimedia untuk hiburan mahupun gaming tahap profesional.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 10

Pemproses

iQOO Z10 5G ini dikuasakan dengan cipset Snapdragon 7 Gen 3 yang merupakan cipset 4nm yang menawarkan prestasi yang cukup baik bagi sebuah telefon pintar kategori midrange.

Cipset kelas midrange ini dikilangkan oleh TSMC yang menawarkan 20% peningkatan prestasi CPU, 40% peningkatan prestasi GPU dan 15% penjimatan tenaga berbanding generasi sebelum ini. Ianya juga dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X bersama dua pilihan storan  dalaman iaitu 256GB atau 512GB.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 11

Ini membolehkan iQOO Z10 5G memperoleh 822,705 mata AnTuTu selain jaminan bahawa telefon pintar ini mampu mengekalkan operasi yang lancar sehingga selepas 5 tahun digunakan.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 12

Dari segi gaming pula, iQOO Z10 5G mampu memberikan prestasi yang sangat menggagumkan pada aplikasi permainan video yang popular seperti Honor of Kings yang boleh dimainkan pada kadar 120fps, PUBG pada kadar 60fps dan Mobile Legends : Bang Bang pada kadar 90fps walaupun sesi gaming berterusan sehingga 300 minit.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 13

Seterusnya, iQOO Z10 5G ini dikuasakan antaramuka ColorOS 15 yang berasaskan Android 15. Antara ciri yang dikuasakan AI yang turut ditawarkan pada iQOO Z10 5G ini adalah AI Creation (terdiri dari Smart Layout, Summarise, Extract to-dos dan Translate), AI Erase, AI Enhance dan Circle to Search with Google.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 5

Kamera

iQOO Z10 5G menampilkan konfigurasi kamera yang sangat ‘straight forward’ iaitu satu sensor utama 50MP IMX882 yang memiliki OIS dan satu sensor ultrawide 8MP manakala kamera adalah sensor 32MP.

Fotografi menggunakan telefon pintar ini boleh dikatakan memuaskan namun harus diingat bahawa sensor yang disertakan ini tidak berada setaraf pada segmen harga nya yang bermaksud terdapat banyak lagi peranti yang mampu menawarkan fotografi yang lebih baik dan menyeluruh.

Bagi kami, gambar dari sensor utama boleh dikatakan agak baik dengan imej yang penuh teliti dan berkualiti. sensor ultrawide pula agak terhad kerana ianya tidak mampu menawarkan hasil gambar yang setaraf seperti sensor utama.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil menggunakan iQOO Z10 5G :

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 23

Bateri

Kelebihan terbesar iQOO Z10 5G ini adalah pada bateri dimana teknologi bateri BlueVolt silikon anod generasi ketiga yang mana kadar ketumpatan bateri ini adalah hampir 11% lebih baik berbanding bateri sebelum ini.

Jika anda membaca dari permulaan, anda pasti sedia maklum bahawa iQOO Z10 5G memiliki bateri berkapasiti 7,300mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang menawarkan 50% pengecasan didalam masa 33 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 65 minit.

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 24

Selain itu, iQOO Z10 5G juga memiliki ciri bypass charging yang bermaksud ianya membekalkan tenaga terus kepada peranti tanpa mengecas bateri dan ciri ini adalah penting jika telefon pintar digunakan untuk gaming atau aplikasi penghantaran makanan yang kebiasaanya melibatkan pengunaan dibawah cahaya matahari yang terik.

Dengan bateri berkapasiti tinggi ini, iQOO Z10 5G dijangka mampu memberikan jangk hayat bateri yang sangat luar biasa dan ujian yang dijalankan mengesahkan bahawa bateri iQOO Z10 5G akan berbaki 10% selepas 24 jam penggunaan berintensiti tinggi (8 aplikasi digunakan selama 24 jam).

ULASAN : iQOO Z10 5G - bateri BlueVolt 7,300mAh yang terbesar dalam kategorinya 25

Penutup

iQOO Z10 5G adalah telefon pintar yang mampu memberikan anda jangka hayat bateri yang sangat baik dan ianya ternyata amat sesuai untuk pekerja gig yang memerlukan masa yang banyak berada diatas motosikal atau kereta. Ini bermaksud satu pengecasan sebelum memulakan kerja dijangka amat mencukupi untuk pengguna tersebut melalui satu hari kerja.

iQOO Z10 5G juga membuktikan bahawa kapasiti bateri yang besar tidak lagi menjadi satu masalah besar kerana kemajuan pesat teknologi bateri.

iQOO Z10 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga serendah RM 1,399

Dapatkan iQOO 13 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.