Suunto Run kini rasmi di Malaysia – jam tangan khas untuk pelari

Suunto secara rasminya telah memperkenalkan sebuah jam tangan yang direka khas untuk pelari sesuai dengan namanya iaitu Suunto Run.
Jam tangan ini hadir dengan reka bentuk ultra ringan (hanya 36g), warna yang menarik, jangka hayat bateri yang panjang, dan penjejakan prestasi yang tepat, Suunto Run direka khas untuk pelari di semua peringkat — daripada yang baru bermula hingga pelari maraton berpengalaman. Jam ini dilengkapi dengan ciri-ciri khusus seperti mod maraton, ghost runner, dan track running, membolehkan pengguna mengatur rentak dengan lebih tepat, mensimulasikan suasana perlumbaan, dan menjejaki kemajuan jangka panjang.
Suunto Run menawarkan 34 mod sukan untuk latihan silang, bersama ciri-ciri kesihatan penting seperti pemantauan kadar denyutan jantung, penjejakan tidur, analisis pemulihan, dan aplikasi pernafasan untuk pengurusan tekanan. Ia berintegrasi secara lancar dengan aplikasi Suunto untuk memberikan pengguna pandangan mendalam tentang latihan, pemulihan, dan corak prestasi mereka.
Ciri tambahan termasuk:
- Storan muzik MP3 dalam peranti
- Navigasi GNSS untuk penjejakan laluan
- Kemaskini cuaca, jam penggera, dan penjejakan aktiviti pintar
- Jangka hayat bateri selama 12 hari dalam mod harian / masa penggunaan panjang dalam mod GPS
Dengan antara muka yang intuitif, Suunto Run mudah digunakan oleh pengguna baharu mahupun atlet berpengalaman yang mahukan pengalaman yang ringkas dan efisien. Suunto Run dibangunkan bersama pelari dan atlet dari seluruh dunia.
Suunto Run Pop-Up Store di Kuala Lumpur!
Sempena pelancaran Suunto Run di Malaysia, kami bawakan pengalaman ini secara langsung melalui Pop-Up Store yang penuh warna dan interaktif — dan anda dijemput hadir!
Lokasi: Banglo289, Kuala Lumpur
Tarikh: 15 – 22 Jun 2025
Masa: 10:00 pagi – 11:30 malam setiap hari
Suunto Run kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,199. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Lime.
Pelanggan di Malaysia boleh membeli Suunto Run melalui kedai rasmi Suunto di platform dalam talian berikut:
- Shopee: https://my.shp.ee/vJttPTJ
- TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSkdqjUat/?page=TikTokShop
- Lazada: https://s.lazada.com.my/s.MiLH9
Jam ini turut boleh didapati di rangkaian pengedar sah terpilih termasuk Solar Time, Y Sandal, LM Sport, Syscom, I-Store, dan lain-lain.
Untuk senarai penuh lokasi runcit serta kemas kini terkini, sila ikuti Suunto Malaysia.