Redmi Pad 2 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 599 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan tablet Redmi Pad 2 dan ianya akan mula dijual di Malaysia dari 20 Jun 2025.
Xiaomi Redmi Pad 2 hadir dengan skrin paparan Crystal Clear berukuran 11.0-inci dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 90Hz bersama-sama 4 pembesar suara Dolby Atmos.
Selain itu, Xiaomi Redmi Pad 2 juga dikuasakan dengan cip Helio G100 Ultra bersama-sama dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/128GB dan 8/256GB namun ditawarkan didalam versi WiFi dan 4G.
Seterusnya, Xiaomi Redmi Pad 2 juga dilengkapi satu unit kamera 8MP dibelakang dan satu sensor 5MP dihadapan .
Tablet ini juga memiliki bateri berkapasiti 9,000mAh, HyperOS2 berasaskan Android 15, Bluetooth 5.3, dwi-SIM (versi 4G), WiFi 5 dan sokongan aksesori seperti Redmi Smart Pen, Redmi Pad 2 Cover dan Redmi Pad Screen Protector.
Xiaomi Redmi Pad 2 ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Graphite Gray, Mint Green, and Lavender Purple pada harga seperti berikut :
Redmi Pad 2 4GB+128GB – (Online Exclusive) – RM 599
Redmi Pad 2 4G 4GB+128GB – RM 699
Redmi Pad 2 8GB+256GB – RM 799
Redmi Pad 2 4G 8GB+256GB – RM 999
Setiap pembelian Redmi Pad 2 akan Redmi Pad 2 Cover dan Xiaomi Smart Band 9 Active secara percuma jika pembelian secara online dan hanya Redmi Pad 2 Cover jika pembelian dibuat di stor fizikal.