Suunto Run 2 Kini Di Malaysia, Jam Larian 35g & Skrin AMOLED 2,000 Nits

Screenshot

Suunto secara rasminya telah memperkenalkan jam larian generasi baharu mereka iaitu Suunto Run 2 di Malaysia yang direka khusus untuk larian jalan raya dan latihan maraton. Dengan berat hanya 35g, ia menggabungkan skrin paparan AMOLED 1.32-inci, bateri sehingga 10 hari, GNSS dwi-jalur dan peta luar talian percuma seluruh dunia.
Suunto Run 2 hadir dengan paparan AMOLED 2,000 nits, tiga kali lebih terang berbanding generasi sebelumnya, menjadikan maklumat seperti pace, jarak dan denyutan jantung lebih mudah dilihat ketika berlari di bawah cahaya matahari.
Dari segi bateri, ia menawarkan sehingga 10 hari penggunaan harian, manakala penggunaan GNSS dwi-jalur boleh mencapai sehingga 24 jam. Jam ini turut dilengkapi bezel keluli tahan karat, Gorilla Glass dan rintangan air 5 ATM.
Untuk pemantauan kesihatan dan latihan, Run 2 menggunakan sensor denyutan jantung 12 saluran yang direka semula. Ia juga menyokong Suunto Smart Heart Rate Belt 2 untuk bacaan denyutan jantung dan data R-R yang lebih terperinci, termasuk analisis intensiti menggunakan ZoneSense.
Bagi navigasi, GNSS dwi-jalur generasi baharu menyokong GPS, GLONASS, Galileo, BeiDou dan QZSS. Peta luar talian seluruh dunia pula boleh dimuat turun terus ke jam, membolehkan pengguna mengikuti laluan tanpa bergantung kepada telefon pintar.
Run 2 turut menawarkan ciri seperti EnergySense, Live Finish Prediction, Training Plan, Training Zone dan Marathon Mode dengan fungsi Ghost Runner untuk membantu pelari memantau prestasi dan sasaran ketika latihan atau pertandingan.
Bersama Run 2, Suunto turut memperkenalkan Suunto Smart Heart Rate Belt 2, tali kadar denyutan jantung dengan hayat bateri sehingga 460 jam serta sokongan data bentuk larian apabila dipadankan dengan jam Suunto yang serasi.
Harga Suunto Run 2 di Malaysia
Suunto Run 2 mula dijual di Malaysia pada 1 Oktober 2026 melalui kedai rasmi dan pengedar sah.
- 4GB – RM1,549
- 64GB – RM1,699
- Warna: All Black, Feather Gold dan Aloe Green
Suunto Smart Heart Rate Belt 2 boleh didapati bermula 1 Oktober 2026 pada harga RM599
Kedai Atas Talian:
Laman Web: www.suunto.com/en-my
Shopee: https://shopee.com.my/suuntomalaysia
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSbMfpeVe/?page=TikTokShop



