Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno14 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Julai – pra-tempah sekarang

OPPO Reno14 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Julai - pra-tempah sekarang 1

OPPO Reno14 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Julai - pra-tempah sekarang 2

OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Reno Series yang terbaharu akan memasuki pasaran Malaysia pada 1 Julai ini.

OPPO Reno14 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Julai - pra-tempah sekarang 3

OPPO Reno14 Series yang kami maksudkan ini akan hadir didalam tiga model iaitu Reno14 Pro, Reno14, and Reno14 Fyang memulakan era inovasi telefon pintar yang berani dengan menggabungkan reka bentuk artistik dengan ciri AI yang canggih. Ianya hadir dengan reka bentuk Iridescent Mermaid yang memukau.

Sempena pelancaran itu, OPPO Malaysia bekerjasama dengan Warner Music Malaysia untuk mempersembahkan Festival Muzik OOO, sebuah acara unik yang diilhamkan oleh festival muzik yang meraikan kreativiti, inovasi dan hiburan. Festival itu akan menampilkan persembahan secara langsung oleh artis tempatan terkemuka termasuk Noh Salleh, Masdo, Steady Gang, Priscilla Abby dan Iman Troye, bersama-sama dengan zon pengalaman interaktif untuk tetamu menerokai Siri Reno14. Tiket ke Festival Muzik OOO boleh dibeli melalui pautan di SINI.

Dalam pada itu, Pengguna boleh membuat pra-pesanan OPPO Reno14 Series melalui pautan di SINI mulai hari ini sehingga 30 Jun 2025 untuk menikmati rebat segera sehingga RM200 dan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,396.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.