realme P3 Ultra kini di Malaysia pada harga dari RM 1,699

realme secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar relame P3 Ultra kini ditawarkan Malaysia. Ia menandakan kemunculan pertama telefon pintar Siri P realme di negara ini dan akan ditawarkan secara eksklusif melalui platform e-dagang rasmi realme.
Terus ke spesifikasi, realme P3 Ultra hadir dengan reka bentuk Glow-in-the-Dark pertama di dunia, cipset Dimensity 8350 Ultra dengan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki paparan AMOLED Quad-Curved 1.5K berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan bezel sisi senipis 1.6mm.
Lebih lanjut, realme P3 hadir dengan dua sensor kamera dibelakang iaitu sensor utama 50MP Sony IMX896 (OIS) bersama sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 16MP yang juga merupakan sensor yang dibekalkan oleh Sony.
Selain itu, P3 Ultra memiliki bateri Titan 6000mAh bersama pengecasan pantas Ultra Charge 80W, Sistem Penyejukan Bionik dengan kawasan penyejukan VC terbesar dalam kelasnya.
realme P3 Ultra direka khas untuk pengguna digital di Malaysia. Menampilkan reka bentuk Glow-in-the-Dark pertama di dunia dan profil ultra nipis 7.38mm pada harga RM 1699 namun boleh dimiliki pada harga promosi istimewa RM 1399 secara eksklusif di TikTok Shop sempena Super Brand Day dari 17 hingga 19 Jun 2025.**