ULASAN : Samsung Galaxy Tab S10 FE+ – tablet terbaik untuk kreativiti dan hiburan

Pengenalan
Samsung meneruskan pelancaran tablet baharu didalam Galaxy Tab FE Series dengan memperkenalkan dua model tablet terbaru syarikat ini iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Galaxy Tab S10 FE+.
Menariknya, bersama pelancaran tablet ini, Samsung telah menyusun semula strategi produk tablet mereka dengan prinsip My Way, My Tab dimana Samsung sedar bahawa memilih tablet yang betul bukan hanya mengenai spesifikasi atau prestasi—ia mengenai keserasian. Ia mengenai memiliki tablet yang bukan sahaja berguna, tetapi berguna seperti yang anda mahu.
Dengan siri Galaxy Tab, Samsung telah mencipta lebih daripada koleksi tablet—ia merupakan spektrum identiti, setiap satu direka untuk memadankan perspektif, keutamaan dan personaliti yang berbeza.
Selain itu, Kedua-dua tablet Samsung Galaxy Tab S10 FE Series ini dikuasakan cip Exynos 1580 yang merupakan cipset flagship terbaru Exynos yang terbukti lebih berkuasa.
Apabila dibandingkan dengan cip Exynos 1580 yang digunakan pada Galaxy Tab S9 FE, ianya menawarkan 34% peningkatan prestasi CPU, 43% peningkatan pretasi GPU dan 200% kuasa NPU.
Ini menjadikan kedua tablet ini sangat ideal untuk golongan kreatif yang menginginkan peranti untuk melakar idea, menulis cerita atau mereka bentuk karya agung yang seterusnya.
Pada ulasan ini kita akan melihat kemampuan Galaxy Tab S10 FE+ didalam pelbagai senario kehidupan pengguna dan ianya hadir dengan harga jualan dari RM 2,799.
Reka Bentuk
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ adalah sebuah tablet yang bersaiz besar namun sepanjang pengunaan kami, ianya amat selesa untuk digunakan kerana Samsung
Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy Tab S10 FE+ menampilkan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun ianya adalah memiliki panel skrin yang lebih besar iaitu sekitar 12% lebih besar.
Selain itu, rekaan asas tablet ini masih kekal sama iaitu bahan aluminium yang mempunyai ketebalan 6.0mm dengan rekan yang flat namun saiz bezel adalah sedikit tebal iaitu pada ukuran 8.1mm.
Seterusnya, Galaxy Tab S10 FE+ memiliki berat yang masih berada pada zon yang ideal untuk pengguna mudah alih dimana versi Wi-Fi memiliki berat 664 gram manakala versi 5G pula adalah 4 gram lebih berat. Harus diingat bahawa ianya bukan lah sebuah tablet yang boleh dipegang dengan sebelah tangan dan kami lebih selesa untuk menggunakanya dengan diletak pada meja atau riba.
Pada bahagian belakang, Galaxy Tab S10 FE+ memiliki rekaan panel belakang yang agak ‘bersih’ dimana satu unit kamera bersama jalur antena pada bahagian atas dan bawah panel ini. Ianya juga memiliki bahagian magnetik untuk melekapkan S Pen kepada tablet.
Seterusnya , S Pen ini juga boleh dilekapkan kepada peranti pada bahagian sisi dan keduanya boleh menjadi tempat anda melekatkan S Pen ketika tidak digunakan namun ianya bergantung kepada cara penggunaan tablet.
Pada bahagian sisi bawah pula, Galaxy Tab S10 FE+ mempunyai slot USB-C bersama pembesar suara stereo AKG yang menawarkan pengalaman muzik luar biasa.
Dalam pada itu, Galaxy Tab S10 FE+ juga mempunyai penarafan kalis air dan debu IP68 yang bermaksud ianya sesuai digunakan dimana sahaja sesuai untuk semua jenis pengguna.
Lebih lanjut, sisi bingkai Tab S10 FE+ juga memiliki butang kuasa yang turut berfungsi sebagai sensor capjari dan butang kelantangan bunyi manakala pada slot microSD pula turut berada pada sisi yang sama namun lebih hampir kepada bahagian bawah.
Skrin Paparan
Seperti yang kami perkatakan diatas, Galaxy Tab S10 FE+ hadir dengan skrin paparan yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini iaitu 12% lebih besar pada ukuran 13.1-inci.
Panel skrin yang dimiliki oleh Samsung ini adalah panel LCD yang turut menawarkan kecerahan sehingga 800nits dan kadar segar semula 90Hz. Panel ini turut menyokong Vision Booster untuk kecerahan skrin yang optimum pada semua keadaan cahaya.
Walaupun menawarkan pengalaman visual yang baik, panel LCD masih mempunyai kekurangan apabila dibandingkan dengan panel OLED namun kebanyakkan tablet kelas midrange masih menggunakan panel LCD.
Apa yang pasti menjadi topik hangat adalah saiz bezel pada Galaxy Tab S10 FE+ yang agak tebal iaitu pada ukuran 8.1mm namun ada positif dan negatif pada rekaan ini. Positifnya adalah anda boleh memegang skrin dengan lebih selesa tanpa menyentuh skrin secara tidak sengaja namun negatif nya adalah ia menjadikan tablet kelihatan kurang anggun dan moden berbanding tablet dengan bezel yang lebih nipis.
Pemproses
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ dikuasakan cipset terbaru daripada Samsung iaitu Exynos 1580 yang telah digunakan pada Galaxy A56 5G. Ianya adalah cipset kelas midrange yang mampu memberikan pretasi pemprosesan dan grafik yang cukup baik.
Bersama cip Exynos 1580 ini juga disertakan kapasiti RAM yang seperti pada Galaxy S Series iaitu 12GB bersama storan dalaman 256GB dan sokongan microSD sehingga 2TB.
Beralih kepada Awesome Intelligence yang dibawakan pada tablet Galaxy Tab S10 FE+ (One UI 7) , ianya bukanlah ciri yang penuh seperti pada model yang lebih premium ( ianya hadir dengan moniker Galaxy AI) namun ianya cukup untuk memenuhi keperluan pengguna didalam kehidupan seharian.
Antara ciri AI yang ditawarkan pada Galaxy Tab S10 FE+ dibawah cabang Awesome Intelligence adalah ciri seperti berikut :
- Circle to Search
Circle to Search yang dikuasakan oleh Google ini boleh digunakan bersama dengan S Pen yang disertakan, anda hanya perlu membulatkan apa sahaja kandungan pada skrin ( tekan butang ‘O’ untuk aktifkan Circle to Search) dan carian di Google dilakukan secara automatik.
Selain itu, Circle to Search juga menyokong pencarian muzik atau bunyi yang dimainkan pada tablet dan Google akan mendapatkan maklumat lanjut tentang muzik tersebut.
Translate pula akan menterjemah keseluruhan kandungan pada skrin kepada bahasa pilihan anda.
- Note Assist
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ juga hadir dengan ciri menarik pada aplikasi Samsung Notes seperti Math Solver yang akan menyelesaikan segala kiraan matematik dengan mudah tidak kira tulisan yang digunakan menggunakan papan kekunci atau S Pen.
Selain Math Solver, Samsung Notes juga membawakan fungsi handwriting help yang mana ianya
S Pen to Text yang membolehkan tulisan anda diubah kepad teks secara langsung untuk catatan nota yang lebih kemas namun jika anda mahu menyusun segala tulisan anda dengan lebih teratur , align handwriting mungkin sesuatu yang anda perlukan.
- Samsung DeX
Samsung DeX memudahkan multitasking dengan membolehkan penggunaan beberapa aplikasi secara serentak. Ianya juga menyokong penggunaan bersama tetikus dan papan kekunci. Anda juga boleh menetapkan untuk mengaktifkan mod DeX apabila Book Cover Keyboard disambungkan. DeX kini ditawarkan didalam dua susunan iaitu Classic dan New.
- Best Face
Jika anda mengambil foto berkumpulan menggunakan mod “Motion Photo” , “Best Face” membolehkan anda memilih ekspresi wajah terbaik untuk setiap orang dalam foto daripada pelbagai bingkai yang ditangkap dalam Motion Photo. Ini bermakna jika seseorang berkelip atau memandang ke tempat lain, anda boleh dengan mudah menukar ekspresi wajah mereka yang lebih baik dari hasil tangkapan yang sama.
Selain itu, Samsung Galaxy Tab S10 FE+ juga memiliki pelbagai koleksi aplikasi eksklusif yang menyokong produktiviti dan kreativiti. Antara aplikasi yang ditawarkan adalah LumaFusion ( tampil dengan diskaun 50% dan 1 bulan langganan Creator Pass percuma), Clip Studio Paint ( 6 bulan langganan percuma dan 20% bagi langganan pertama dan Goodnotes ( 1 tahun langganan percuma dan diskaun 20% bagi langganan pertama).
Bercakap mengenai sokongan perisian Android, Samsung Galaxy Tab S10 FE+ ini akan menerima sehingga 7 tahun kemaskini Android dan kemaskini keselamatan Google.
Bateri
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ hadir dengan bateri berkapasiti 10,090mAh walaupun ianya memiliki ketebalan hanya 6.0mm. Bersama bateri ini turut disertakan pengecasan pantas 45W yang dijangka akan mengambil masa sekitar 80 minit untuk mengecas penuh tablet ini.
Untuk rekod, tiada sokongan pengecasan tanpa wayar ditawarkan pada tablet ini.
Penutup
Samsung Galaxy Tab S10 FE+ adalah sebuah tablet yang mampu memberikan pengguna sebuah peranti hiburan dan kerja yang setimpal dengan harga jualanya.
Selain itu, ciri Awesome Intelligence, sokongan S Pen yang disertakan percuma dalam kotak menawarkan nilai belian yang sangat berbaloi.
Pada harga yang bermula dari RM 2,799, Galaxy Tab S10 FE+ adalah tablet yang patut anda miliki jika creativiti dan hiburan adalah sebahagian daripada kehidupan anda.