Nothing Phone (3) akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai ini

Nothing secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar flagship sebenar syarikat ini iaitu Nothing Phone (3) akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai ini. (2 Julai, 1 pagi di Malaysia).
Menariknya, Nothing pernah mendedahkan rekaan panel belakang Phone (3) ini dan ianya kini telah disahkan akan memiliki panel dot-matrix menggantikan Gylph LED.
Selain itu, Nothing Phone (3) juga dijangka akan hadir dengan 12GB/16GB RAM, storan dalaman 256GB atau 512GB.
Seperti produk Nothing yang lain, Phone (3) dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sejurus selepas pelancaran global.