Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicBook Pro 14 akan tiba di Malaysia pada 13 Jun ini – RM 4999

HONOR MagicBook Pro 14 akan tiba di Malaysia pada 13 Jun ini - RM 4999 1

HONOR MagicBook Pro 14 akan tiba di Malaysia pada 13 Jun ini - RM 4999 2

HONOR secara rasminya memperkenalkan HONOR MagicBook Pro 14 untuk pasaran Malaysia baru-baru ini yang merupakan komputer riba paling berkuasa dan lengkap dalam barisan produknya setakat ini.

MagicBook Pro 14 menetapkan penanda aras baharu dalam dunia pengkomputeran mudah alih, laptop flagship ini hadir dengan bateri terbesar yang pernah ditawarkan dalam komputer riba ringan bersaiz 14 inci bagi memberikan kuasa sepanjang hari. Direka khas untuk golongan profesional, pelajar dan individu kreatif.

HONOR MagicBook Pro 14 akan tiba di Malaysia pada 13 Jun ini - RM 4999 3

Antara spesifikasi utama komputer riba ini adalah cip Intel Core Ultra5 Processor 225H dengan P-Core Max Turbo Frequency, bateri Lithium Polymer 92Wh dengan pengecasan SuperCharge 100W, sistem penyejukan pintar dwi-mod, AI HONOR Turbo X dan banyak lagi.

HONOR MagicBook Pro 14 menggabungkan prestasi unggul dengan ciri perlindungan mata terkini, menjadikannya rakan produktiviti yang ideal di mana sahaja.

HONOR MagicBook Pro 14 akan tiba di Malaysia pada 13 Jun ini - RM 4999 4

HONOR MagicBook Pro 14 akan ditawarkan di stor terpilih di seluruh negara bermula 13 Jun 2025 pada harga RM4,999. Ia hadir dengan kapasiti 32GB RAM dan SSD 1TB dalam warna White. Pembelian komputer riba ini turut disertakan hadiah PERCUMA iaitu Langganan Percuma 1 Tahun Microsoft 365 Personal (prapasang) bersama beg galas HONOR Backpack bernilai RM508.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.