Samsung mengacah pelancaran Galaxy Z Fold7 Ultra tidak lama lagi

Samsung secara rasminya telah mula mengacah pelancaran satu lagi telefon pintar Galaxy Ultra dan model kali ini adalah merujuk kepada Samsung Galaxy Z Fold7 Ultra.
Telefon pintar foldable Samsung Galaxy Z Fold7 Ultra ini akan dilancarkan bersama Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip7 SE pada majlis pelancaran Unpacked yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan Julai ini.
Walaupun tiada sebarang maklumat mengenai Galaxy Z Fold7 Ultra ini didedahkan ianya dijangka akan hadir dengan profil yang lebih nipis ( mungkin sama seperti Galaxy Z Fold Special Edition yang mempunyai ukuran 4.9mm) dan sistem kamera terbaik didalam kelasnya.
Pelancaran Samsung Galaxy Z Fold7 Ultra dijangka akan membuka era baharu bagi telefon pintar Ultra daripada syarikat ini.