HUAWEI Watch Fit 4 Series mula dijual di Malaysia – dari RM 599

HUAWEI WATCH FIT 4 Series yang baru dilancarkan kini tersedia secara rasmi di semua platform utama di Malaysia, menawarkan gabungan gaya, fungsi dan inovasi yang lancar.
Watch Fit 4 Series ini direka untuk gaya hidup moden, tambahan terbaru pada barisan boleh pakai HUAWEI ini menyepadukan ciri pemantauan kesihatan termaju dan mod sukan luar peringkat profesional dalam reka bentuk yang anggun dan ringan.
Sama ada bertenaga melalui senaman pagi, melayari hari kerja yang sibuk atau menikmati detik sosial bersama rakan, HUAWEI WATCH FIT 4 Series dibina untuk mengikuti setiap aspek hari anda sambil memastikan anda kekal berhubung, termaklum dan terkawal.
HUAWEI Watch Fit 4 Pro ditawarkan pada harga RM999 didalam warna Green – 3D Woven Nylon Strap, Black Fluoroelastomer dan Blue Fluoroelastomer manakala HUAWEI Watch Fit 4 akan ditawarkan pada harga RM599 didalam warna Grey -3D Woven Nylon Strap, Black, Purple, dan White – Fluoroelastomer Strap.
Untuk masa terhad sahaja, pelanggan yang membeli HUAWEI WATCH FIT 4 Series akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM156, termasuk HUAWEI Scale 3 dan keahlian Health+ selama tiga bulan.
Ianya kini tersedia di HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, dan HUAWEI Official Store di TikTok.