Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia – tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 1

HONOR secara rasminya telah melancarkan HONOR 400 Series di Malaysia yang mana pasaran negara mendapat penghormatan sebagai negara pertama untuk menerima telefon pintar ini diperingkat global.

HONOR 400 Series hadir didalam dua model iaitu HONOR 400 dan HONOR 400 Pro yang juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi AI Image to Video.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 2

HONOR 400

Terus ke spesifikasi, HONOR 400 hadir dengan rekaan flat yang memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1.5K serta paparan 1.07 bilion warna.

Selain itu, HONOR 400 dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama 12GB RAM + 12GB RAM Turbo dan storan dalaman 256GB atau 512GB. Ianya hadir dengan sistem operasi Magic OS 9 yang berasaskan Android 15.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 3

Beralih ke kamera, HONOR 400 memiliki sensor utama Super Sensing 200MP (OIS) bersama sensor ultrawide 12MP (OIS) dan kamera selfie 50MP.

HONOR 400 juga membawakan pelbagai ciri AI pada fotografi seperti AI Cutout, AI Upscale, AI Eraser 2.0, AI Outpainting dan banyak lagi.

Pada bahagian bateri, HONOR 400 memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W SuperCharge.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 4

Ciri lain yang dimiliki HONOR 400 adalah penarafan kalis air dan debu IP66, Super Reinforced Glass, WiFi 6, NFC, IR Blaster, pembesar suara stereo dan Bluetooth 5.4.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 5

HONOR 400 akan hadir didalam tiga warna iaitu Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black pada harga RM 1,899 bagi versi 12/256GB dan RM 2,199 bagi versi 12/512GB.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 6

HONOR 400 kini dibuka untuk pra-tempahan dengan promosi storan berganda percuma, HONOR Choice ANC Headphone dan 1+1 waranti.HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 7

HONOR 400 Pro

Terus ke spesifikasi, HONOR 400 Pro hadir dengan rekaan yang memiliki skrin paparan quad-curved AMOLED berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1.5K serta paparan 1.07 bilion warna.

Selain itu, HONOR 400 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama 12GB RAM + 12GB RAM Turbo dan storan dalaman 512GB. Ianya hadir dengan sistem operasi Magic OS 9 yang berasaskan Android 15.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 8

Beralih ke kamera, HONOR 400 memiliki sensor utama Super Sensing 200MP (OIS) bersama sensor ultrawide 12MP (OIS) serta sensor telefoto 50MP dengan ciri AI Super Zoom. Ianya juga memiliki kamera selfie 50MP.

HONOR 400 Pro juga membawakan pelbagai ciri AI pada fotografi seperti AI Cutout, AI Upscale, AI Eraser 2.0, AI Outpainting dan banyak lagi.

Pada bahagian bateri, HONOR 400 Pro memiliki bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 100W SuperCharge dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Ciri lain yang dimiliki HONOR 400 adalah penarafan kalis air dan debu IP69, Super Reinforced Glass, WiFi 6e, WiFi 7, NFC, IR Blaster, pembesar suara stereo dan Bluetooth 5.4.

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 9

HONOR 400 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black pada harga RM 2,699 bagi versi 12/512GB. 

HONOR 400 dan HONOR 400 Pro kini rasmi di Malaysia - tawar ciri AI Image to Video pertama kali pada telefon pintar 10

Pra-tempahan kini dibuka dimana setiap pembelian akan menerima Insta Mini LiPlay dan 2 tahun waranti bernilai RM 1,097.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.