Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 1

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 2

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan jam tangan pintar terbaru syarikat ini untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Watch 5 yang memperkenalkan teknologi X-TAP multi-sensor yang canggih, keupayaan pemantauan kesihatan revolusioner, interaksi gerak isyarat intuitif dan pertukangan rekaan yang luar biasa.

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 3

Diinspirasikan oleh Talian Kármán, sempadan antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas, HUAWEI WATCH 5 menampilkan reka bentuk sarung bersepadu yang anggun dalam dua saiz berbeza: HUAWEI WATCH 5 42mm dan HUAWEI WATCH 5 46mm. Kedua-dua model menggabungkan bahagian luar yang digilap dan crown yang direka teliti.

HUAWEI Watch 5 ini direka menggunakan keluli tahan karat 904L, yang terkenal dengan ketahanan dan rintangan kakisannya. 42mm menggunakan bahan teguh ini, manakala model 46mm menampilkan perak gred aeroangkasa, 45% lebih ringan dan hampir dua kali lebih kuat daripada keluli tahan karat. Kedua-dua saiz juga tersedia dalam varian keluli tahan karat 316L minimalis.

HUAWEI WATCH 5 didatangkan dengan tiga jenis tali, titanium, fluoroelastomer dan bahan komposit. Ianya tersedia didalam warna Sand Gold dan Beige Edition bagi model 42mm dan Purple Edition bagi model 46mm.

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 4

HUAWEI X-Tap Technology

teknologi X-TAP Multi-sensing yang inovatif ini menyepadukan elektrokardiogram (ECG), photoplethysmography (PPG) dan penderia sentuhan dalam satu antara muka yang diperkemas, memanjangkan keupayaan pemantauan kesihatan melangkaui pengesanan berasaskan pergelangan tangan tradisional kepada penderiaan hujung jari yang tepat.

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 5

Pengenalan modul penderiaan yang pertama dalam industri ini dengan meningkatkan ketepatan, kelajuan dan kesempurnaan pengumpulan data kesihatan. HUAWEI WATCH 5 juga memiliki ciri bacaan oksigen darah (SpO2) yang terkemuka dalam industri, memberikan hasil yang tepat dalam masa kurang dari 10 saat.

Selain itu, Watch 5 juga hadir dengan ciri gesture seperti Double Slide dan Double Tap, sokongan eSIM dan dual-mode battery yang menawarkan jangka hayat bateri sehingga 11 hari.

HUAWEI Watch 5 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi sensor X-Tap 6

Akhir sekali, HUAWEI Watch 5 kini HUAWEI WATCH 5 kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga dari RM 1,799 di HUAWEI Experience Stores, HUAWEI Official Website, HUAWEI Store – Shopee, HUAWEI Store – Lazada dan Huawei TikTok Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.