Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 14T 5G akan tiba di Malaysia pada 16 Mei

realme 14T 5G akan tiba di Malaysia pada 16 Mei 1

realme 14T 5G akan tiba di Malaysia pada 16 Mei 2

Walaupun tumpuan utama diberikan kepada pelancaran global realme GT 7 Series, realme masih belum selesai dengan realme 14 Series dan syarikat ini telah mengumumkan bahawa realme 14T akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei ini.

realme 14T 5G ini akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci dengan kecerahan maksima sehingga 2,000nits, cip MediaTek Dimensity 6300 bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Selain itu, realme 14T 5G ini akan hadir dengan sensor utama 50MP + sensor 2MP monokrom serta kamera selfie 16MP. Ianya juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP69 bersama rekaan mewah Satin.

Dalam pada itu, realme 14T 5G akan turut hadir dengan bateri 6,000mAh bersama pengecasan 45W Fast Charge, pembesar suara stereo dan realme UI 6.0 yang berasaskan Android 15.

Akhir sekali, realme 14T 5G dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Lightning Purple dan Obisidian Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.