HONOR Pad X9a versi LTE akan mula ditawarkan di Malaysia pada 25 April ini

HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa HONOR Pad X9a versi LTE akan mula ditawarkan di stor HONOR seluruh negara mulai 25 April 2025!
Pad X9a LTE ini adalah tablet yang sesuai untuk penggemar drama, model ini membawakan kemudahan yang lebih banyak dengan sambungan LTE. Pengguna boleh memasukkan kad SIM ke dalam tablet ini untuk kekal terhubung, di mana sahaja, sepanjang hari. Sama ada untuk membalas mesej WhatsApp, menjawab panggilan, atau melihat konten terkini, HONOR Pad X9a LTE membolehkan anda melakukan semuanya tanpa batasan masa dan tempat.
HONOR Pad X9a versi LTE ini ditawarkan pada harga RM1,299 bagi versi RAM 16GB (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan 256GB.
Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih mesra bajet, HONOR Pad X9a juga didatangi dalam versi WiFi pada harga hanya RM999. Versi ini menawarkan RAM 16Gb (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan 128GB, terbaik bagi golongan yang mencari ‘Tablet Paparan Terbaik Dalam Segmen’.
Dalam pada itu, Kedua-dua versi LTE dan WiFi bagi tablet ini juga disertakan dengan papan kekunci Bluetooth dan pensel PERCUMA bernilai RM598 bersama keahlian iQiYi VIP selama 3 bulan.
Pelanggan boleh mendapatkan HONOR Pad X9a di HONOR Stores seluruh negara, laman sesawang HONOR Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop, serta pengedar sah Senheng, Urban Republic, dan Harvey Norman.