Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Ring – Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 1

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 2Pengenalan

Peranti wearable telah mempunyai satu kategori baharu dengan pelancaran Galaxy Ring pada bulan Julai 2024 bersama-sama pelancaran Galaxy Z Series.

Harus diingat bahawa Galaxy Ring bukan lah cincin kecergasan pertama dipasaran namun kami hampir

pasti bahawa anda pasti tidak tahu menahu tentang syarikat lain yang mempunyai produk seperti ini dipasaran global mahupun di Malaysia.

Selepas penantian hampir 8 bulan, Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy Ring akan memasuki pasaran Malaysia pada harga RM 2,099.

Memandangkan ini adalah satu kategori produk yang baharu, kami agak teruja untuk menguji kemampuan Galaxy Ring dan berikut adalah ulasan cincin kecergasan pertama Galaxy.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 3

Reka Bentuk

Samsung Galaxy Ring adalah satu inovasi yang sangat mengagumkan kerana cincin kecergasan ini mempunyai berat antara 2.3 gram sehingga 3.3 gram sahaja yang mana anda pasti tidak merasakanya ianya berada pada badan anda.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 4

Bagi pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Ring akan ditawarkan didalam saiz 5 sehingga saiz 14 dan pengguna yang mempunyai jari besar juga akan menikmati jangka hayat bateri yang lebih lama kerana saiz bateri juga adalah berdasarkan saiz jari iaitu berkapasiti antara 18mAh sehingga 23.5mAh.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 5

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 6

Bercakap mengenai bekas pengecasan Galaxy Ring, ianya tampil didalam kemasan lutsinar yang membolehkan cincin dilihat dan pada ruang penyimpanan cincin terdapat lampu berwarna putih yang  berfungsi sebagai ‘welcome light’ apabila bekas dibuka atau lihat kadar pengecasan dengan menekan butang tengah. Tekan selama 3 saat untuk masuk ke ‘pairing mode’.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 7

Dalam pada itu, pengecasan bekas Samsung Galaxy Ring ini boleh dibuat melalui slot USB-C atau melalui pengecasan tanpa wayar.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 8

Selain itu, Galaxy Ring ini diperbuat daripada titanium yang ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Gold, Titanium Silver dan Titanium Black. Unit ulasan kami adalah Titanium Black bersaiz 13 (berat 3 gram) dan Samsung mencadangkan cincin ini dipakai pada jari telunjuk atau jari tengah untuk penggunaan gesture yang lebih efektif.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 9

Samsung Galaxy Ring kini rasmi – Ini adalah cara untuk anda mendapatkan saiz yang tepat

Memilih saiz yang tepat bagi jari anda adalah sesuatu yang mustahak bagi memastikan Galaxy Ring berfungsi dengan baik dan untuk itu Samsung menawarkan ‘sizing kit’ atau anda boleh mengunjungi mana-mana Samsung Experience Store yang berdekatan untuk ukuran yang tepat.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 10

Seterusnya, Galaxy Ring ini mempunyai tiga sensor iaitu sensor Optical Bio-signal untuk merekod kadar degupan jantung, sensor suhu kulit untuk merekod perubahan suhu badan ketika tidur dan accelerometer untuk merekodkan langkah dan larian anda secara automatik.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 11

Untuk memastikan Galaxy Ring dapat merekodkan segala bacaan ini dengan tepat, terdapat garis pada Galaxy Ring dan garis tersebut harus berada pada bahagian bawah jari anda.

Lebih lanjut, Galaxy Ring tidak mempunyai sebarang kesan vibrasi atau lampu yang menyala namun sensor Optical Bio-Signal akan menyala ketika membuat bacaan namun ianya mungkin tidak kelihatan ketika cincin dipakai.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 12

Ciri-Ciri Kesihatan

Untuk menggunakan Galaxy Ring, anda memerlukan aplikasi Wearable yang dipra-muat pada telefon pintar Galaxy dan cincin Galaxy ini juga boleh digunakan bersama telefon pintar Android (memerlukan pengguna memuat turun aplikasi Samsung Wearable dan Samsung Health) yang lain namun anda tidak dapat menikmati ciri gesture seperti mengambil gambar atau mematikan penggera dengan ketikan ibu jari dengan jari telunjuk atau jari tengah.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 13

Seterusnya, aplikasi Wearable ini akan menguruskan segala tetapan cincin yang termasuk ciri utama Galaxy Ring, bateri dan kemaskini perisian.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 14

Paling menarik sudah pastinya Energy Score, yang akan akan menunjukkan keadaan fizikal dan mental anda berdasarkan kualiti tidur, kadar degupan jantung anda aktiviti kecergasan yang dilakukan. Ianya memerlukan penggunaan secara berterusan selama 7 hari untuk AI memberikan statistik yang tepat.

Selain itu, ciri lain yang ada pada Galaxy Ring adalah penjejakan tidur anda dimana cincin adalah peralatan yang lebih selesa untuk dipakai berbanding jam tangan pintar.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 15

Menariknya, Galaxy Ring memberikan bacaan yang tepat tentang waktu tidur dan fasa tidur anda. Ianya juga mempunyai ciri untuk mengesan samada anda berdengkur namun dengan bantuan telefon pintar kerana Galaxy Ring tidak mempunyai mikrofon.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 16

Lebih lanjut, pada bahagian Sleep Score ini, anda juga boleh melihat suhu badan yang direkodkan ketika tidur, fasa tidur, kadar pernafasan, kadar Spo2 dan rekod tidur yang akan mencadangkan anda satu program tidur yang sesuai untuk anda ( perlu dipakai sekurang-kurangnya selama 7 hari berturut-turut).

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 17

Ciri yang pasti mencuri tumpuan adalah gesture yang membolehkan anda mengawal beberapa fungsi telefon pintar hanya dengan ketikan jari. Ianya kini membolehkan anda menggunakan Galaxy Ring sebagai butang kamera untuk mengambil gambar dan mematikan penggera. Pastikan anda memakai Galaxy Ring pada jari telunjuk untuk pengesanan gesture yang lebih tepat.

Selain itu, Galaxy Ring juga telah diberikan pensijilan kalis air IP68 dan 10ATM yang bermaksud ianya mampu kekal kalis air walaupun pada kedalaman 100 meter.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 18 ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 19

Aktiviti Kecergasan

Samsung Galaxy Ring mempunyai kebolehan untuk mengesan aktiviti kecergasan yang dilakukan secara automatik namun ketepatan metrik bagi aktiviti yang dilakukan adalah sedikit tidak tepat.

Selain itu, ketiadaan GPS juga menyebabkan kebanyakkan aktiviti kecergasan yang melibatkan jarak dan kelajuan perlu bergantung kepada telefon pintar atau jam tangan pintar Galaxy.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 20

Jangka Hayat Bateri

Samsung Galaxy Ring mendakwa cincin bersaiz 13 mampu menawarkan sehingga 7 hari penggunaan dan ianya boleh dicaj penuh didalam 60 minit manakala bekas pengecasan mampu menawarkan 2 pengecasan penuh kepada Galaxy Ring.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 21

Penutup

Pelancaran Samsung Galaxy Ring sebagai sebuah produk kategori baharu adalah sesuatu yang harus dipandang serius. Walaupun Galaxy Ring bukan cincin kecergasan pertama dipasaran, rangkaian pengedaran global dan bajet pemasaran yang luar biasa yang dimiliki syarikat ini pastinya akan menjadikan Galaxy Ring sesuatu yang popular.

ULASAN : Samsung Galaxy Ring - Peranti Kecergasan Galaxy yang ringan dan selesa dipakai 22

Samsung Galaxy Ring adalah produk kecergasan yang lebih selesa untuk dipakai berbanding Galaxy Watch terutamanya ketika tidur dan aplikasi Health bersama AI juga memberikan pelbagai maklumat kesihatan, tips dan banyak lagi.

Pada harga RM 2,099, Samsung Galaxy Ring adalah produk kategori baharu yang pasti menjadi idaman ramai dan generasi pertama Galaxy Ring ini adalah permulaan yang baik.

Dapatkan Samsung Galaxy Ring di Samsung Malaysia yang mana ianya masih ditawarkan secara eksklusif bagi pengguna Galaxy S Series dan Z Series yang boleh mendapatkan kod jemputan pembelian di aplikasi Samsung Members sekarang.

Berikut adalah cara untuk membeli Galaxy Ring di Malaysia.

Dapatkan Samsung Galaxy Ring di : Samsung Online Store atau Samsung Experience Store yang berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.