vivo V50 Lite akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dengan bateri BlueVolt 6,500mAh

vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa vivo V50 Series akan menerima keluarga baharu selepas pelancaran vivo V50 bulan lalu,
Model yang kami maksudkan adalah vivo V50 Lite yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan bersama bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh pada rekaan premium yang mempunyai ketebalan hanya 7.79mm. Ianya juga hadir dengan pengecasan 90W FlashCharge yang mampu memberikan 20% pengecasan didalam masa 7.5 minit sahaja (pengecasan penuh kurang dari 60 minit).
Selain itu, vivo V50 Lite juga telah disahkan akan hadir dengan P-OLED berukuran 6.77-inci dengan teknologi eye comfort dan nisbah skrin kepada badan 94.2% untuk pengalaman visual yang imersif.
Seterusnya, vivo juga telah mengesahkan bahawa vivo V50 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Gold, Phantom Black dan Fantasy Purple.
Sertai Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY
Untuk meraikan pelancaran vivo V50 Lite, vivo Malaysia menyeru semua untuk mengambil bahagian dalam Cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY. Bermula dari 1 hingga 18 Mei 2025, pengguna boleh menyiarkan video mereka yang memaparkan keupayaan bateri unik vivo V50 Lite untuk peluang memenangi barangan eksklusif, yang termasuk vivo V50 Lite ! Tiba masanya untuk menunjukkan sejauh mana satu caj benar-benar boleh membawa anda.