Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia – telefon pintar lasak berharga dari RM 899

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 1

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 2

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar OPPO A5 Pro yang ditawarkan didalam versi 4G dan 5G.

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 3

OPPO A5 Pro merupakan sebuah telefon pintar lasak daripada syarikat ini dan ianya memiliki penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68 & IP69 serta rintangan jatuhan gred ketenteraan.

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 4

Selain itu, OPPO A5 Pro 4G memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz manakala A5 Pro 5G hadir dengan skrin paparan yang sama namun dengan kadar segar semula 120Hz. Kedua-dua model turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 7i.

Seterusnya, A5 Pro 4G dikuasakan cip Snapdragon 6s 4G Gen 1 manakala versi 5G hadir dengan cip Dimensity 6300. Kedua model memiliki 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan ColorOS 15 yang berasaskan Android 15 serta pelbagai ciri AI seperti AI Assistant for Documents & AI Assistant for Notes.

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 5

Beralih kepada kamera, kedua-dua model A5 Pro memiliki sensor utama 50MP f/1.8 bersama sensor monokrom 2MP dan kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, telefon pintar tahan lasak OPPO ini juga memiliki bateri 5,800mAh dengan pengecasan 45W SUPERVOOC, AI Link Boost, 360° Surround Antenna dan sensor capjari.

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 6

OPPO A5 Pro kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu Bloom Pink, Olive Green (hanya untuk model 5G) dan Mocha Brown pada harga RM 899 bagi versi 4G dan RM 1,099 bagi versi 5G.

OPPO A5 Pro 5G dan A5 Pro 4G kini rasmi di Malaysia - telefon pintar lasak berharga dari RM 899 7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.