Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 1

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Galaxy A Series di Malaysia dan model yang paling mencuri tumpuan sudah pastinya Galaxy A56 5G.

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 2

Terus ke spesifikasi, Samsung Galaxy A56 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksima 1,200nits (HBM). Ianya dilapisi gelas Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang bersama kerangka aluminium.

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 3

Selain itu, Galaxy A56 ini hadir dengan pemproses Exynos 1580 (37% lebih berkuasa berbanding cipset pada Galaxy A55) bersama 8/12GB RAM dan storan dalaman  128/256GB. Galaxy A56 ini juga hadir dengan One UI 7 yang membawakan ciri Galaxy AI dan akan menerima 6 tahun kemaskini Android bersama 6 tahun kemaskini keselamatan berkala.

Seterusnya, Galaxy A56 ini hadir dengan sensor utama 50MP f/1.8, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor makro 5MP f/2.4 manakala kamera selfie adalah 12MP f/2.2. Kesemua kamera ini beroperasi dengan algoritma yang dikuasakan AI.

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 4

Dalam pada itu, Galaxy A56 5G ini memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W yang sama seperti pada peranti flagship Galaxy S Series iaitu Super Fast Charge 2.0 yang mampu memberikan 65% pengecasan didalam masa 30 minit manakala pengecasan penuh mengambil masa 68 minit.

Menyentuh sedikit mengenai rekaan, Galaxy A56 memiliki rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelum ini iaitu hanya 7.4mm manakala rekaan modul kamera adalah berbeza.

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 5

Akhir sekali, Samsung Galaxy A56 akan hadir didalam warna Awesome Lightgray, Awesome Graphite, Awesome Olive, dan Awesome Pink pada harga RM 1,999 bagi versi 6/128GB dan RM 2,199 bagi versi 12/256GB.

Samsung Galaxy A56 5G kini rasmi di Malaysia dengan Awesome Intelligence- harga dari RM 1,999 6

Walaubagaimanapun, sempena promosi pelancaran dari 18 Mac sehingga 31 Mac, Samsung turut menawarkan rebat bernilai RM 200 dan ganjaran bernilai sehingga RM 429 yang termasuk storan bernilai RM 200, 1 tahun lanjutan waranti, ebaucar bernilai RM 100 dan sehingga 30% diskaun bagi pembelian PWP produk Galaxy yang terpilih.

Dapatkan Samsung Galaxy A56 5G di Samsung Online Store 

Dapatkan Samsung Galaxy A36 5G di Samsung Online Store 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.