HONOR umum penawaran 7 tahun kemaskini OS dan keselamatan Android bagi Magic Series – Juga akan datang untuk pasaran Malaysia

Jenama teknologi global, HONOR telah mengesakan akan menawarkan tujuh tahun kemas kini sistem operasi Android dan keselamatan bagi telefon pintar HONOR Magic Series bermula dengan HONOR Magic7 Pro di pasaran Kesatuan Eropah.
Menariknya, sokongan Android yang komprehensif ini turut akan diperkenalkan secara berperingkat dalam HONOR Magic Series di pasaran Malaysia pada masa hadapan.
Sebagai sebahagian daripada HONOR ALPHA PLAN, sokongan tersebut menunjukkan komitmen HONOR dalam mengutamakan pelanggan. Ini sekaligus menjadikan HONOR satu daripada tiga jenama dalam industri yang menawarkan sokongan lanjutan ini kepada pengguna.
Selain itu, HONOR berharap langkah ini akan mendorong syarikat lain dalam industri untuk melakukan perkara sama kepada pelanggan, membolehkan lebih ramai menikmati inovasi terbaharu serta meningkatkan keselamatan semua pengguna telefon pintar di seluruh dunia.
Sokongan yang lebih lama ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat peranti dan mengurangkan sisa elektronik selaras dengan piawaian kelestarian, malah memastikan pengguna menikmati peranti yang selamat, berprestasi tinggi dengan teknologi AI terkini sepanjang jangka tempoh tersebut. Pada masa hadapan, HONOR akan menawarkan sokongan setaraf ini kepada lebih banyak model flagship HONOR.
Untuk kemas kini lanjut, ikuti laman rasmi Facebook HONOR Malaysia dan laman sesawang di https://www.honor.com/my/.