Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia – berharga RM 699

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 1

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 2

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Samsung Galaxy A06 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699.

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 3

Terus ke spesifikasi, Galaxy A06 5G hadir dengan skrin paparan PLS LCD berukuran 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ianya juga disertakan dengan cip MediaTek Dimensity 6300, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 4

Beralih kepada kamera, Galaxy A06 ini memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan kamera selfie 8MP.

Seterusnya, telefon pintar ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 25W yang menawarkan 50% pengecasan didalam masa 30 minit. Ianya juga mempunyai ciri keselamatan Knox Vault yang melindungi data peribadi anda daripada ancaman penggodam.

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 5

Dalam pada itu, penambahan lain berbanding Galaxy A06 4G adalah sensor capjari pada butang kuasa dan penarafan kalis air dan habuk IP54. Ianya juga menawarkan 4 tahun kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan.

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia - berharga RM 699 6

Akhir sekali, Galaxy A06 5G akan ditawarkan di Malaysia didalam warna Light Green, Light Gray dan Black pada harga RM 699 dan ianya boleh dibeli melalui Samsung Online Store, Samsung Experience Store dan beberapa syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile dan YES.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.