HONOR Hidupkan Sejarah 115 Tahun Manchester United Dengan Ciri AI Photo Upscale Pada Magic7 Pro

Sempena meraikan ulang tahun ke-115 perlawanan bola sepak yang pertama di Old Trafford, HONOR mengumumkan ciri penambahbaikan gambar AI baharu pada HONOR Magic7 Pro dan dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform.
Ciri AI termaju ini telah memberikan nafas baru kepada gambar-gambar ikonik bersejarah stadium lagenda milik Manchester United yang juga dikenali sebagai Theatre of Dreams. Sejak 1910, Old Trafford telah menjadi pentas kepada banyak perlawanan kenangan dalam arena bola sepak dunia. Kini, teknologi AI HONOR mampu membaik pulih, meningkatkan kejelasan dan butiran gambar-gambar yang bernilai ini ke alaf baru.
Sejarah dari 1910 hingga ke 2025 dengan HONOR AI Upscale
HONOR Magic7 Pro menawarkan rangkaian ciri Fotografi AI yang berkuasa, daripada AI Super Zoom dan AI Enhanced Portrait ke AI Motion Sensing Capture. Ciri AI Upscale dibangunkan sendiri oleh HONOR merupakan tambahan baru pada HONOR Magic7 Pro bagi membolehkan pengguna membaik pulih gambar-gambar potret lama yang rosak atau pudar dengan membuang kesan calar, menaikkan resolusi dan meningkatkan kejelasan untuk mengimbau semula kenangan indah.
AI Upscale telah membaik pulih dan menambah baik lebih 40 gambar daripada arkib Old Trafford, menjadikan gambar-gambar tinggalan yang semakin pudar kepada paparan yang sesuai untuk abad ke-21 ini bagi memperlihatkan teknologi serta penajaan inovatif Qualcomm Technologies bersama kelab ini dalam menyampaikan pengalaman peminat bersama rakan kongsi mereka.
Terokai kehebatan ciri AI Upscale HONOR Magic7 Pro dan lihat banyak lagi gambar sejarah Old Trafford yang dibaik pulih di SINI.
Dalam pada itu, ciri AI Upscale bagi HONOR Magic7 Pro di Malaysia akan tiba pada akhir Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.