Xiaomi Redmi Note 14 Series – telefon pintar ‘All-star Durability” yang lebih tahan lasak

Xiaomi merupakan salah satu syarikat telefon pintar terkemuka dunia, dengan jualan telefon pintar globalnya meletakkanya sebagai antara tiga jenama terbaik dipasaran.
Xiaomi Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan Redmi Note 14 Series yang memfokuskan kepada ketahanan luar biasa yang kini menjadi satu trend ciri yang difokuskan oleh kebanyakkan pengeluar telefon pintar tidak kira ianya model didalam kelas flagship, kelas pertengahan atau entry-level.
Redmi Note 14 Pro+ 5G adalah model tumpuan kita yang bukan hanya menawarkan kemampuan fotografi luar biasa malah telah menetapkan satu penanda aras baharu dari segi ketahanan yang pernah ditawarkan pada Redmi Note Series.
Jom kita terokai ketahanan Redmi Note 14 Pro+ 5G yang pasti dicemburui oleh pengeluar telefon pintar lain didalam segmen harga ini.
Struktur All-star Armor
Redmi Note 14 Pro+ 5G dilengkapi lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass pada panel hadapan dan belakang. Paparan hadapan telefon pintar ini dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 yang lebih tebal, menawarkan rintangan jatuh 200% lebih baik berbanding Gorilla Glass 5 yang biasa digunakan dalam segmen ini. Panel belakang pula menggunakan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 7i yang terkini, memberikan 100% rintangan jatuh dan kalis calar yang lebih baik berbanding Gorilla Glass 5.
Struktur yang diperkukuh
Siri Redmi Note 14 Pro menyepadukan Struktur All-star Armor kukuh dengan papan induk yang lebih tebal, diperkukuh oleh enam plat keluli yang menguatkan lagi keseluruhan bingkai peranti ini. Bingkai aloi aluminium yang digunakan juga konduktif terma dan mempunyai ketanan tinggi dengan kekuatan keseluruhan chasis adalah 10% lebih baik berbanding generasi sebelumnya.
Selain itu, chasis Redmi Note 14 Pro+ 5G ini juga mempunyai sifat anti-lentur yang melepasi piawaian industri biasa, ia menawarkan ketahanan dan rintangan tekanan yang unggul.
Penyerapan Hentakan
Siri Xiaomi Redmi Note 14 Pro direka bentuk dengan bahan penyerapan hentakan berbilang peringkat yang merentasi enam komponen utama. Di bawah skrin, ‘foam pad’ bersaiz besar dan gelung gel kusyen polimer yang bergabung untuk meminimumkan kerosakan skrin akibat hentaman. Di sekeliling bahagian penting seperti motherboard , sub-board dan bateri, adalah ‘foam pad’ dan gel yang menyerap hentakan yang bertindak seperti kotak menyerap tenaga, melindungi impak dengan berkesan dan memberikan perlindungan yang teguh terhadap kerosakan semasa titisan.
Kalis Air dan Habuk IP68
Redmi Note 14 Pro+ 5G juga tampil dengan rekaan ultra lasak yang telah menerima pengiktirafan kalis air dan habuk IP68 yang dipertingkatkan, ini berjaya dicapai melalui kejuruteraan inovatif yang meningkatkan kualiti rekaan struktur dan standard pembuatan.
Selain itu, ciri ini juga memastikan peranti sentias terlindung dari elemen kehidupan harian seperti hujan, percikan air atau rendaman sementara di dalam air, sekaligus menawarkan ketenangan minda dalam pelbagai senario harian.
Lebih lanjut, Xiaomi juga telah mereka semula struktur dalaman dan menggabungkan 17 komponen tersuai, yang menyediakan perlindungan pada titik kemasukan cecair yang menyeluruh dan menawarkan perlindungan terbaik port USB-C, pelekat skrin, butang, penutup bateri, injap pelega tekanan dan modul kamera.
Bagi memastikan ianya menetapi piawaian tertinggi, setiap peranti akan menjalani proses menyeluruh yang merangkumi 10 ujian kritikal kedap udara bagi komponen dan fasa pemasangan. Ujian ketat ini memastikan setiap unit Redmi Note 14 Pro+ 5G yang sampai ke tangan anda memenuhi piawaian kualiti tertinggi, memberikan perlindungan unggul daripada air.
Teknologi Wet Touch 2.0
Buat pertama kalinya, Redmi Note 14 Series menyokong teknologi Wet Touch 2.0 yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi. Berbanding dengan generasi sebelum ini, algoritma baharu telah dialihkan komponen Touch IC ke AP (pemproses aplikasi), memanfaatkan sepenuhnya pengkomputeran unggul AP dan sumber ingatan.
Anjakan ini membolehkan algoritma yang lebih kompleks, sekalugus meningkatkan pengalaman sentuhan keseluruhan dan mengembangkan senario penggunaan.
Hasilnya, peranti bukan sahaja mengendalikan situasi sentuhan ketika tangan basah dengan mudah tetapi juga ianya juga beroperasi dengan berkesan dalam keadaan yang mencabar seperti tangan berminyak, buih sabun dan peluh.
Redmi Note Series pertama dengan ciri-ciri AI
Redmi Note 14 Series menjadi siri telefon pintar Redmi Note pertama untuk hadir dengan ciri yang menyeluruh setaraf gred flagship.
Redmi Note Pro Series ini hadir dengan ciri AI yang mampu meningkatkan pengalaman fotografi anda dengan teknologi seperti AI photo editing, AI Erase Pro, AI Image Expansion dan AI Cutout.
Selain fotografi, AI juga memainkan peranan penting dalam pelbagai tugasan harian pengguna dan ciri-ciri seperti AI Notes, AI Recorder, Circle To Google Search, Gemini, AI Interpreter dan AI Subtitles yang pastinya memudahkan tugasan kerja anda.
Dapatkan Redmi Note 14 Series Sekarang!
Redmi Note 14 Series kini tersedia untuk pembelian melalui pelbagai saluran jualan rasmi seperti di 77 stor Xiaomi diseluruh Malaysia, secara atas talian di mi.com atau melalui Shopee dan Lazada.
Dapatkan Xiaomi Redmi Note 14 Pro+ 5G ini pada harga RM 1,699 bagi versi 12/256GB dan RM 1,899 bagi versi 12/512GB. Ianya tampil didalam tiga pilihan warna iaitu Lavender Purple, Frost Blue dan Midnight Black.
Selain Redmi Note 14 Pro+ 5G, Xiaomi Malaysia juga menawarkan Redmi Note 14 Pro 5G pada harga RM 1,299, Redmi Note 14 5G pada harga dari RM 799 dan Redmi Note 14 4G pada harga dari RM 699.