Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 1

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 2

Raikan Tahun Baharu Cina dengan peranti flagship terbaharu HONOR Magic7 Pro yang berkuasa!

Telefon pintar ini direka untuk memberikan pengalaman telefon AI menakjubkan dan ciri-ciri kamera hebat, HONOR Magic7 Pro adalah peranti sempurna untuk merakamkan suasana meriah secara profesional bersama rakan-rakan dan insan tersayang semasa musim perayaan ini.

Bagi mereka yang mencari pilihan alternatif untuk memiliki HONOR Magic7 Pro, Honor kini menawarkan varian 16GB RAM dengan storan 1TB tersedia dengan pakej pascabayar menarik di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

Lebih menarik, pengguna boleh memiliki HONOR Magic7 Pro pada harga serendah RM10 sebulan dengan pelan pascabayar terpilih. Berikut adalah senarai pelan pascabayar yang ditawarkan telko terpilih :

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 3

HONOR Magic7 Pro milik anda pada hanya RM56 sebulan dengan CelcomDigi

HONOR Magic7 Pro kini tersedia dengan CelcomDigi ONE Ultra/Pro pada hanya RM56 sebulan dengan pelan Easy360! Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 4

Bawa pulang HONOR Magic7 Pro untuk RM125 sebulan dengan Maxis

Selain itu, HONOR Magic7 Pro boleh dimiliki dengan bayaran sebanyak RM125 sebulan dengan Maxis Postpaid menerusi Zerolution. Untuk maklumat lanjut tentang pelan bayaran mudah lain HONOR Magic7 Pro, sila lawat laman sesawang rasmi Maxis.

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 5

Dapatkan HONOR Magic7 Pro dari RM142 sebulan dengan U Mobile

Dengan U PayLater, pengguna hanya perlu membayar RM142 sebulan untuk memiliki HONOR Magic7 Pro. Nikmati ansuran 0%, sehingga 1,000GB data dan perayauan global percuma di 63 destinasi. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile.

HONOR Magic7 Pro kini ditawarkan melalui telko terpilih pada harga serendah RM 10 sebulan 6

Hanya RM10 Sebulan Dengan Pelan Yes Infinite+ Ultra!

Sedang mencari pelan pascabayar yang lebih berpatutan? Yes menawarkan HONOR Magic7 Pro serendah RM10 sebulan dengan pelan Infinite+ Ultra. Harga luar biasa ini hanya sah untuk kontrak selama 36 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan menarik ini, kunjungi laman sesawang rasmi Yes.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.