Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic7 Pro mula dijual secara rasmi di Malaysia – dari RM 4,599

HONOR Magic7 Pro mula dijual secara rasmi di Malaysia - dari RM 4,599 1

HONOR Magic7 Pro yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini kini tersedia untuk jualan di stor HONOR seluruh Malaysia. Telefon pintar Flagship AI Terbaik 2025 ini telah menerima prapesanan yang memberangsangkan selepas dilancarkan pada minggu lalu.

Ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkan telefon pintar canggih dengan rekaan premium boleh mengunjungi stor HONOR yang berhampiran untuk mencuba sendiri HONOR Magic7 Pro.

HONOR Magic7 Pro mula dijual secara rasmi di Malaysia - dari RM 4,599 2

Selain itu, pembeli masih boleh menikmati hadiah percuma bernilai RM1,297 terdiri daripada Pengecas tanpa wayar HONOR SuperCharge, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan pelan penggantian one-to-one 180 Hari.

Dalam pada itu, Magic7 Pro tersedia dalam dua konfigurasi iaitu 12GB+512GB (RM4,599) dan 16GB+1TB (RM5,199), HONOR Magic7 Pro juga boleh dibeli menerusi kedai dalam talian HONOR Malaysia, e-dagang Shopee, Lazada serta TikTok Shop, termasuk pengedar sah Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.

Selain HONOR Magic7 Pro, jam tangan pintar HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open juga mula dijual hari ini.

Kedua-dua peranti ini adalah padanan sempurna bagi HONOR Magic7 Pro. HONOR Watch 5 hadir dengan harga harga RM599, manakala HONOR Earbuds Open pula pada RM699.

Untuk butiran lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.

Jom Baca : ULASAN : HONOR Magic7 Pro – Adakah ini AI Flagship terbaik bagi tahun 2025?

Roadshow HONOR Magic7 Pro akan berlangsung di Sunway Pyramid dari 15 Januari ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.