Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 14x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Januari ini – harga bawah RM 1,000

realme 14x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Januari ini - harga bawah RM 1,000 1

realme 14x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Januari ini - harga bawah RM 1,000 2

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme 14x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Januari ini dengan harga jualan dibawah RM 1,000 sahaja.

Selain itu, realme telah mengesahkan bahawa 14x 5G ini akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Eye Comfort berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan dikuasakan cip Dimensity 6300 5G serta 6/8GB RAM.

Seterusnya, realme 14x juga mempunyai rekaan yang lebih tahan lasak dan turut memiliki penarafan IP69. Ianya juga dilengkapi sensor utama 50MP bersama sensor sampingan dan kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, realme 14x 5G akan turut memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan 45W dengan ketahanan sehingga 4 tahun, realme UI 5.0 dan 2 generasi kemaskini Android.

Maklumat harga realme 14x 5G akan diumumkan pada 24 Januari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.