Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 1

 

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Mate X6 dipasaran Malaysia dan Ia adalah telefon pintar boleh lipat yang ringan, tahan lasak dan berkuasa sekaligus mentakrifkan semula kemampuan telefon pintar boleh lipat.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 2

Pasaran Global Telefon Pintar Foldable di Kuasai HUAWEI

Menurut laporan oleh Counterpoint Research, pegangan pasaran global bagi telefon pintar boleh lipat HUAWEI telah meningkat kepada 35% pada suku pertama 2024, mengatasi pencapaian telefon pintar foldable lain di pasaran.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 3

Kenapa HUAWEI Mate X6?

1. Nipis, Ringan dan Tahan Lama

a. 239g, 4.6mm apabila dibuka, ketebalan dan berat Walaupun hadir sebagai telefon pintar foldable, HUAWEI Mate X6 mempunyai ketebalan hanya 4.6mm dengan berat 239gram yang menjadikanya setanding dengan telefon pintar tradisional dipasaran.

b. HUAWEI Mate X6 juga terbukti mempunyai teknologi yang membolehkannya lebih tahan lasak berbanding telefon pintar foldable lain di pasaran kerana ia hadir dengan teknologi seperti berikut :

i. Senibina Teragih Inovatif: komponen dalam HUAWEI Mate X6 ini diagihkan sama rata, menjadikannya lebih nipis dan lebih tahan lama

ii. Plat Skrin Utama ‘Carbon Fibre’ : plat skrin utama HUAWEI Mate X6 ini mempunyai rintangan penyemperitan sehingga 380 GPa yang membolehkannya mengatasi semua jenis tekanan manakala ketegangan telah dipertingkatkan sebanyak 65%.

iii. Kerangka Tengah Aluminium Gred Industri Penerbangan 550 MPa: HUAWEI Mate X6 memiliki kerangka tengah inovatif yang direka untuk menahan jatuhan dan hentaman, dengan kekuatan dipertingkatkan sebanyak 37% berbanding generasi sebelum ini.

iv. Engsel Multi-dimensional – Engsel HUAWEI Mate X6 ini diperbuat daripada keluli yang mempunyai ketahanan ultra tinggi (MIM 1900 Mpa) yang menawarkan lipatan padat dan lancar yang pasti tahan lebih lama.

v. Sistem Penyejukan Graphene: HUAWEI Mate X6 juga dilengkapi lapisan graphene 2000 W/m·K yang sangat konduktif haba dan penyejuk cecair 3D untuk memastikan telefon pintar kekal pada suhu optimum setiap masa.

vi. Kunlun Glass Generasi Kedua: HUAWEI Mate X6 memiliki lapisan gelas Kunlun generasi Ke-2 yang dicipta untuk menangani bahaya kehidupan harian dan pengembaraan yang luar biasa dimana tahap rintangan jatuh telah ditambah baik sebanyak 25x ganda.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 4

2. Pengalaman Skrin HUAWEI X-True Display

a. HUAWEI Mate X6 menampilkan paparan utama  HUAWEI X-True dengan kadar segar semula adaptive  sehingga 120Hz, memberikan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan

b. Teknologi AI

i. AI Messaging : ciri ini akan menyimpan notifikasi  apabila telefon pintar anda mengesan bahawa seseorang sedang melihat skrin anda dan dapatkan maklumat notifikasi tersebut pada jam tangan pintar anda.

ii. AI Mistouch Prevention: elakkan HUAWEI Mate X6 anda daripada tersalah sentuh apabila anda memasukkannya ke dalam poket tanpa memadam skrin.

iii. Pembayaran Pintar/Imbasan Pintar:  imbasan kod bar atau kod QR akan membuka aplikasi Touch ‘n Go eWallet secara automatik untuk pembayaran yang lebih pantas.

iv. Air Gesture: HUAWEI Mate X6 juga menyokong ciri ‘Air Gesture’ yang membolehkan anda menggunakan gerak isyarat udara untuk menyemak dokumen apabila kedua-dua tangan basah atau berminyak.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 5

c. Live Multi-task: Beralih antara sehingga tiga aplikasi yang terbuka pada masa yang sama, lakukan pelbagai tugasan serentak dengan mudah sambil menikmati pengalaman skrin tanpa had.

d. Split Screen : Pisahkan skrin ke dalam anak tetingkap kecil pada bahagian kiri dan kanan untuk menggandakan kecekapan anda, anda juga boleh melakukan ‘drag and drop’ imej antara dua tetingkap.

e. Skrin besar: HUAWEI Mate X6 memiliki skrin paparan utama berukuran 7.93-inci yang sudah pastinya memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan dan paparan yang lebih luas kerja-kerja pejabat seperti dokumen.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 6

3. Kamera Ultra Chroma XMAGE

a. Kamera Ultra Chroma XMAGE kelas flagship ini memberikan ketepatan warna yang menakjubkan. Ianya memiliki 1,500,000 saluran spektrum, bersama-sama teknologi XD Fusion, secara bijak mengenal pasti dan melaraskan setiap butiran warna pada imej anda.

b. Apertur fizikal boleh laras 10 saiz: HUAWEI Mate X6 menjadi telefon pintar foldable pertama dipasaran untuk memiliki sensor kamera yang memiliki aperture boleh laras. Tetapkan ‘depth’ dan kesan ‘blur’ mengikut kesesuaian untuk hasil fotografi yang menakjubkan

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 7

c. Kamera Telephoto Macro : setiap subjek yang diambil akan memberikan hasil gambar yang tajam tanpa butiran yang hilang.

d. AI Livephoto: ciri membawakan anda aspek fotografi yang lebih menyeluruh pada satu gambar seperti gambar multi-exposure, loop, dan long exposure.

HUAWEI Mate X6: Ringan, Tahan Lasak dan Mantap, Definisi Foldable yang Sempurna 8

4. Prestasi Ultra

a. HUAWEI Mate X6 dikuasakan cipset Kirin 9020 yang berkuasa untuk mengendalikan semua tugas yang dilemparkan.

b. Bateri berkapasiti luar biasa iaitu 5,110 mAh dan turut membawakan pengesan pantas HUAWEI SuperCharge 66W.

c. Penarafan Kalis air IPX8 2 meter: Penarafan IPX8 ini akan memastikan peranti anda kekal berfungsi, sama ada anda basah akibat hujan lebat atau terjatuh ke kolam renang.

5. Kesimpulan

HUAWEI Mate X6 ialah definisi telefon pintar yang sempurna dengan rekaan yang ringan, tahan lasak dan berkuasa tinggi sesuai dengan keperluan pengguna masa kini.

6. Pra-tempah HUAWEI Mate X6 Sekarang!

HUAWEI Mate X6 kini tersedia untuk prapesanan bermula hari ini sehingga 10 Januari 2025 pada harga RM 8,688, dan ianya juga disertakan dengan faedah eksklusif termasuk HUAWEI WATCH Ultimate, Rebat Trade-in Eksklusif bernilai sehingga RM2,000 di HUAWEI Experience Store dan 1 tahun pelan perlindungan skrin dengan nilai keseluruhan sehingga RM8,098.

Selain itu, pengguna boleh mendapatkan HUAWEI Mate X6 melalui pelan pascabayar Maxis Zerolution Postpaid 109 pada harga serendah RM220/bulan. Sila layari Maxis Centre yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI Mate X6, sila lawati:

🔗 Laman Sesawang Rasmi HUAWEI

🛒 Stor Rasmi HUAWEI di Shopee

🛒 Stor Flagship HUAWEI di Lazada

🛒 Stor  Rasmi HUAWEI di TikTok Shop 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.