Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 1

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 2

Sejak dilancarkan pada 18 Jun yang lalu, HUAWEI MatePad 11.5s PaperMatte Edition telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan pengguna.

Pada harga RM 2,499, HUAWEI MatePad 11.5s PaperMatte Edition adalah sebuah tablet yang sangat berbaloi untuk dimiliki khususnga kerana paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC!

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 3

1. Paparan PaperMatte yang dinaiktaraf: Menyenangkan Mata

  • Anti silau & Anti pantulan

Paparan PaperMatte generasi terkini yang digunakan pada HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition menawarkan kesan paparan seperti kertas sambil memastikan kejelasan seperti kristal dengan teknologi nanoscale anti-glare etching yang menghapuskan 99% gangguan cahaya.

Selain itu, beberapa lapisan optik nano magnetron  mengurangkan pemantulan skrin sebanyak 60%, yang menjadikan paparan sejelas yang mungkin.

  • Warna  “True-to-life”

Mod Color pada HUAWEI MatePad 11.5”S menawarkan pengguna pengalaman seperti membaca surat khabar pada tablet menggunakan algoritma pemetaan warna eksklusif yang melaraskan semua parameter skrin yang termasuk kecerahan , warna dan suhu warna

Algoritma pemetaan warna yang dipatenkan ini merealisasikan pemetaan tepat beribu-ribu warna daripada colour gamut paparan (RGB) kepada gamut warna lukisan (CMYK), mencipta kesan seperti kertas yang sebenar.

  • Penarafan Perlindungan Mata Terbaik di Malaysia

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition adalah tablet yang telah menerima pengiktirafan rasmi daripada badan bertauliah yang memberikan pensijilan seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance , TÜV Rheinland Reflection Free, TÜV Rheinland Flicker-Free & TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) yang melayakkanya digelar sebagai tablet dengan ciri perlindungan mata terbaik di Malaysia.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 4

2. GoPaint : Tablet pertama HUAWEI yang dilengkapi aplikasi Painting yang sangat berkemampuan dan mudah untuk digunakan 

  • Pengalaman yang realistik

Aplikasi GoPaint menampilkan simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menggunakan berbilang tekstur kertas mengikut gaya seni mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang, mewujudkan pengalaman lukisan yang realistik pada tablet. Ia termasuk tekstur pramuat untuk gaya seperti lukisan minyak dan dakwat, jadi pengguna tidak perlu mencari tekstur tambahan dalam talian.

  • Edit seperti Pro

Aplikasi GoPaint didatangkan dengan lebih 100 jenis berus dan anda juga boleh mencipta sendiri lebih dari 70 berus unik yang sesuai untuk seni anda . Huawei telah bekerjasama dengan Akademi Seni China (CAA) untuk memperhalusi dan mencipta berus profesional untuk pengguna, menawarkan pilihan seperti cucian dakwat, lukisan minyak dan berus cat air.

  • Kapasiti Lapisan

GoPaint menyokong lapisan kanvas yang berjumlah sehingga 320 lapisan, iaitu 15% lebih daripada aplikasi Paint yang lain dan ini membolehkan karya seni yang lebih kompleks dan terperinci.

Quick button:  menawarkan 8+ gesture dan shortcut yang termasuk,  undo, redo, dan touch-&-hold color capture. pengguna boleh mempelajari gesture ini dari bahagian “Help & Guide” di tetapan.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 5

3. Smart Office

  • HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink) :

HUAWEI MatePad 11.5”S menyokong stylus HUAWEI M-Pencil dengan NearLink yang membolehkan anda meterjemahkan kreativiti dan bakat artistik anda melalui stylus yang lebih sensitif iaitu lebih daripada 10,000 tahap tekanan dan latensi tahap ‘ultra-low’

HUAWEI M-Pencil generasi ke-3 merupakan produk pengguna pertama untuk hadir dengan teknologi NearLink yang merupakan teknologi perhubungan 6x lebih pantas berbanding teknologi Bluetooth. Kebaikan NearLink tidak habis begitu sahaja, ianya juga 60% lebih cekap tenaga, mampu kekal berhubung dengan peranti pada jarak 2x ganda lebih jauh, latensi lebih rendah dan boleh disambungkan pada 10 aksesori serentak.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 6

  • HUAWEI Papan kekunci magnetik (NearLink)

Selain HUAWEI M-Pencil, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga merupakan tablet pertama dipasaran untuk menawarkan teknologi NearLink pada HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.

HUAWEI Smart Magnetic Keyboard ini  mempunyai jarak papan kekunci 1.5mm untuk pengalaman menaip yang selesa walaupun untuk tempoh yang panjang. Ianya boleh digunakan didalam tiga mod iaitu Laptop Form, Split Form dan Studio Form yang memenuhi pelbagai senario seperti kerja pejabat, hiburan dan usaha kreatif.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 7

  • Rekaan & Berat

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition memiliki rekaan yang sangat elegan untuk dilihat dan pengguna sudah pastinya dapat merasai tahap kualiti premium peranti ini setiap kali ianya digunakan.

Tablet terbaru HUAWEI ini memiliki berat hanya 510 gram dengan ketebalan 6.2mm yang mana ianya pasti terasa seperti kertas dipergelangan tangan anda.

  •  PC-Level WPS Office

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC (PC- Level WPS Office) iaitu WPS Office yang ditawarkan secara percuma dan eksklusif kepada pengguna HUAWEI.

Pengguna boleh mengedit dokumen, menyiapkan pembentangan atau melakukan kiraan dengan aplikasi seperti WPS Office Document,  WPS Office Spreadsheet dan WPS Office Presentation yang menawarkan kebolehan penuh setaraf PC dan ianya boleh dikongsikan dengan mudah bersama rakan sekerja kerana format fail yang digunakan untuk semua dokumen ini adalah sama seperti pada aplikasi Microsoft Office.

Aplikasi PC-Level WPS Office ini juga tampil dengan UI baharu yang lebih kompak, menawarkan log masuk akaun dan storan cloud. Ianya turut mempunyai sokongan SuperHub dan mencetak dokumen yang terhasil.

  • SuperHub

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition hadir dengan sokongan  ciri SuperHub yang memudahkan pengurusan dan pemindahan fail serta kandunagn multimedia pada peranti HUAWEI.

Pengguna boleh memindahkan fail, teks, imej, video dan lagu dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub. Setelah dimuat naik, dokumen boleh diakses dengan mudah oleh mana-mana peranti lain yang disambungkan ke akaun yang sama.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 8

4. HUAWEI Notes

Ciri Note Replay baharu dan dinaik taraf ini menawarkan rakaman audio dan tulisan tangan secara serentak,ini membantu anda mengingati teks dengan cepat dan mengulangkaji dengan lebih cekap selepas kelas. shortcut gestures baharu termasuk mengetik dengan dua jari untuk ‘undo’ dan mengetik dengan tiga jari ‘redo’, menjadikan catatan nota lebih mudah.

Dengan pelbagai fungsi pengambilan nota, tablet ini dijangka boleh memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 9

5. Prestasi Tinggi dengan Bateri 8,800mAh

HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition hadir dengan l bateri berkapasiti 8,800 mAh yang dimuatkan pada profil peranti yang ringan dan nipis. Walaupun memiliki kapasiti bateri yang cukup untuk penggunaan seharian, HUAWEI MatePad 11.5S ini masih kekal nipis pada ukuran 6.6mm dengan berat hanya 510gram.

Secara keseluruhan, HUAWEI Matepad 11.5s PaperMatte Edition adalah tablet yang sangat sempurna tidak kira dari aspek mana anda lihat. Ianya dikuasakan cip berkuasa tinggi Kirin 9000WL yang menawarkan pretasi dan kecekapan tenaga gred flagship, aplikasi GoPaint yang sangat mudah digunakan dan percuma seumur hidup, paparan PaperMatte yang eksklusif untuk melindungi mata anda dan menawarkan pengalaman menulis di atas kertas serta kadar segar semula 144Hz yang memberikan anda pengalaman visual berdefinisi tinggi.

HUAWEI Matepad11.5S PaperMatte Edition kini tersedia untuk pembelian di laman rasmi HUAWEI Malaysia, stor flagship HUAWEI di Lazada, stor rasmi HUAWEI di Shopee atau dimana-mana HUAWEI Experience Store yang berdekatan anda.

Mengapa HUAWEI MatePad 11.5S PaperMatte Edition adalah Tablet yang Paling Berbaloi Dimiliki 10

Dapatkan HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition Sekarang!

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 dan pembelian HUAWEI Matepad 11.5”S PaperMatte Edition ini akan menerima hadiah bernilai RM 2,046 yang termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Mouse, HUAWEI FreeBuds 5i dan baucar bernilai RM200.

Dapatkan HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition melalui pautan dibawah :

🛒 Huawei Official Website 

🚚 Shopee

🛄 Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.