Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC!

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 1

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 2

Populariti tablet sebagai sebuah peranti hiburan dan kerja telah menunjukkan peningkatan yang drastik dan ianya menjadi pilihan kerana ianya mampu menjalankan tugas melebihi apa yang ditawarkan oleh komputer riba namun pada profil yang lebih kecil dan mudah alih.

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition merupakan model tablet terbaru syarikat ini yang telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi sebentar tadi dan kami adalah antara yang terawal untuk melakukan ulasan bagi peranti yang menawarkan pengalaman lebih daripada PC.

HUAWEI Matepad 11.5”S Papermatte Edition membawakan beberapa penambahbaikan baharu apabila dibandingkan dengan generasi sebelum ini dan berikut adalah ciri-ciri tablet terbaru HUAWEI ini

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 3

1. Paparan PaperMatte yang dinaiktaraf: Menyenangkan Mata

  • Anti silau & Anti pantulan

Bagi melindungi mata anda daripada kelesuan mata ini, skrin tablet ini tampil dengan Lapisan Nano Optik yang dikawal secara magnetik dan ini mengurangkan pantulan cahaya pada skrin.

Selain itu, paparan PaperMatte ini mengurangkan silau untuk keselesaan visual yang lebih baik dimana ianya mempunyai 27 lapisan pencahayaan lembut yang mengurangkan pemantulan skrin sebanyak 60% sekaligus mengurangkan ketidakselesaan mata.

Satu lagi kelebihan paparan Matte ini adalah pengalaman penulisan adalah jauh lebih baik berbanding pada skrin biasa kerana lapisan matte ini menjadikannya lebih sama seperti menulis di atas kertas sebenar.

  • Warna yang realisitik “True-to-life”

Mod Color pada HUAWEI MatePad 11.5”S mencipta semula pengalaman membaca akhbar pada tablet menggunakan algoritma pemetaan warna eksklusif yang melaraskan pemetaan antara kecerahan skrin, warna dan suhu warna

Algoritma pemetaan warna yang dipatenkan ini merealisasikan pemetaan tepat beribu-ribu warna daripada colour gamut paparan (RGB) kepada gamut warna lukisan (CMYK), mencipta kesan seperti kertas yang sebenar

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 4

  • Penarafan Perlindungan Mata

Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakkan tablet di pasaran mempunyai pensijilan anti cahaya biru dan bebas kelipan, namun HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition adalah tablet yang telah menerima pensijilan seperti SGS Low Visual Fatigue Premium Performance , TÜV Rheinland Reflection Free, TÜV Rheinland Flicker-Free & TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) yang melayakkanya digelar sebagai tablet dengan ciri perlindungan mata terbaik di Malaysia.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 5

2. GoPaint : Disertakan dengan aplikasi Paint yang berkuasa dan mudah digunakan

  • Pengalaman yang realistik

Aplikasi GoPaint menampilkan simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menggunakan berbilang tekstur kertas mengikut gaya seni mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang, mewujudkan pengalaman lukisan yang realistik pada tablet. Ia termasuk tekstur pramuat untuk gaya seperti lukisan minyak dan dakwat, jadi pengguna tidak perlu mencari tekstur tambahan dalam talian.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 6

  • Edit seperti Pro

Aplikasi GoPaint didatangkan dengan lebih 100 jenis berus dan anda juga boleh mencipta sendiri lebih dari 70 berus unik yang sesuai untuk seni anda . Huawei telah bekerjasama dengan Akademi Seni China (CAA) untuk memperhalusi dan mencipta berus profesional untuk pengguna, menawarkan pilihan seperti cucian dakwat, lukisan minyak dan berus cat air.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 7

  • Kapasiti Lapisan

GoPaint menyokong lapisan kanvas yang berjumlah sehingga 320 lapisan, iaitu 15% lebih daripada aplikasi Paint yang lain dan ini membolehkan karya seni yang lebih kompleks dan terperinci.

Quick button:  menawarkan 8+ gesture dan shortcut yang termasuk,  undo, redo, dan touch-&-hold color capture. pengguna boleh mempelajari gesture ini dari bahagian “Help & Guide” di tetapan.

  • Perbezaan antara Go-Paint dan Procreate:
Go Paint Procreate
Baru satu tahun dipasaran namun sudah hampir 90% sama seperti Procreate telah dibangunkan dan dipasarkan selama lebih 10 tahun
PERCUMA BERBAYAR
Menawarkan mod kidal, membolehkan pengguna meletakkan semula toolbar untuk pengalaman lukisan yang lebih selesa hanya untuk pengguna tangan kanan sahaja

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 8

3. Smart Office

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 9

  • HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink) :

HUAWEI MatePad 11.5”S menyokong stylus HUAWEI M-Pencil dengan NearLink, membuka lembaran baharu bagi anda meterjemahkan kreativiti dan bakat artistik anda melalui stylus yang lebih sensitif iaitu lebih daripada 10,000 tahap tekanan berbanding HUAWEI M-Pencil generasi sebelum ini yang hanya memiliki 4,096 tahap tekanan.

HUAWEI M-Pencil generasi ke-3 merupakan produk pengguna pertama untuk hadir dengan teknologi NearLink yang merupakan teknologi perhubungan 6x lebih pantas berbanding teknologi Bluetooth. Kebaikan NearLink tidak habis begitu sahaja, ianya juga 60% lebih cekap tenaga, mampu kekal berhubung dengan peranti pada jarak 2x ganda lebih jauh, latensi lebih rendah dan boleh disambungkan pada 10 aksesori serentak.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 10

  • HUAWEI Papan kekunci magnetik (NearLink)

Selain HUAWEI M-Pencil, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga merupakan tablet pertama dipasaran untuk menawarkan teknologi NearLink pada HUAWEI Smart Magnetic Keyboard.

HUAWEI Smart Magnetic Keyboard ini  mempunyai jarak papan kekunci 1.5mm untuk pengalaman menaip yang selesa walaupun untuk tempoh yang panjang. Ianya boleh digunakan didalam tiga mod iaitu Laptop Form, Split Form dan Studio Form yang memenuhi pelbagai senario seperti kerja pejabat, hiburan dan usaha kreatif.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 11

  • Rekaan & Berat

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition memiliki rekaan yang sangat elegan untuk dilihat dan pengguna sudah pastinya dapat merasai tahap kualiti premium peranti ini setiap kali ianya digunakan.

Tablet terbaru HUAWEI ini memiliki berat hanya 510 gram dengan ketebalan 6.2mm yang mana ianya pasti terasa seperti kertas dipergelangan tangan anda.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 12

  •  PC-Level WPS Office

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga menawarkan anda kebolehan penuh untuk menggunakan aplikasi berskala penuh seperti pada PC (PC- Level WPS Office) iaitu WPS Office yang ditawarkan secara percuma dan eksklusif kepada pengguna HUAWEI.

Pengguna boleh mengedit dokumen, menyiapkan pembentangan atau melakukan kiraan dengan aplikasi seperti WPS Office Document,  WPS Office Spreadsheet dan WPS Office Presentation yang menawarkan kebolehan penuh setaraf PC dan ianya boleh dikongsikan dengan mudah bersama rakan sekerja kerana format fail yang digunakan untuk semua dokumen ini adalah sama seperti pada aplikasi Microsoft Office.

Aplikasi PC-Level WPS Office ini juga tampil dengan UI baharu yang lebih kompak, menawarkan log masuk akaun dan storan cloud. Ianya turut mempunyai sokongan SuperHub dan mencetak dokumen yang terhasil.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 13

  • SuperHub

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ini juga dilengkapi ciri SuperHub yang menyediakan cara mudah untuk mengurus fail dan dokumen. Pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara tablet dan peranti lain dengan mengalihkan fail tersebut ke platform SuperHub. Setelah dimuat naik, dokumen boleh diakses dengan mudah oleh mana-mana peranti lain yang disambungkan ke akaun yang sama. Dengan fungsi ini, ia menghapuskan kemungkinan pendua, memastikan proses pemindahan yang lancar.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 14

4. HUAWEI Notes

Seterusnya, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ini juga dilengkapi aplikasi HUAWEI Notes yang menawarkan keupayaan menyeluruh ketika mengambil nota. dengan menggunakan skrin, papan kekunci dan stylus HUAWEI M-Pencil , pelajar boleh mencatat perkara penting melalui penulisan, lukisan rajah dan juga banyak lagi.

Dengan pelbagai fungsi pengambilan nota, tablet ini dijangka boleh memenuhi gaya dan pilihan yang berbeza, membolehkan pengalaman mencatat nota yang lebih interaktif dan menarik.

Selain itu, rakaman audio juga boleh dilakukan sambil anda mencatat nota pada aplikasi Notes ini.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 15

5. Prestasi Tinggi dengan Bateri 8800mAh

HUAWEI MatePad 11.5s PaperMatte Edition hadir dengan teknologi bateri dwi-sel berbentuk khas yang unik menggunakan teknologi ‘mA-level current calibration’ yang membolehkan bateri berkapasiti 8,800 mAh dimuatkan pada profil peranti yang ringan dan nipis.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 16

6. HUAWEI AppGallery

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition tampil dengan HUAWEI AppGallery yang merupakan stor aplikasi ketiga terbesar di dunia yang menawarkan anda hampir 99% aplikasi popular seperti Maybank, Whatsapp, Instagram dan banyak lagi.

Selain itu, HUAWEI AppGallery kini turut menyediakan pelbagai aplikasi native Google seperti Google Drive, GMail dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, jika aplikasi yang anda cari tidak tersedia, HUAWEI juga menawarkan anda akses terus ke Google Play Store melalui AppGallery untuk muat turun aplikasi dengan lebih mudah dan selamat.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 17

Penutup

HUAWEI Matepad 11.5”S Papermatte Edition adalah sebuah tablet premium yang menawarkan pengguna prestasi kelas flagship dengan penggunaan cip HUAWEI Kirin 9000WL yang menawarkan prestasi dan kecekapan terbaik.

Selain itu, tablet  ini juga membawakan teknologi NearLink pada HUAWEI M Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang meningkatkan produktiviti  interaksi yang lancar tanpa sebarang latensi pada paparan PaperMatte 144Hz yang eksklusif.

 HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition : Paparan anti-silau terkini bersama pengalaman hebat melebihi PC! 18

Promosi Pra-tempahan

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499  dan anda boleh pratempah dari sekarang hingga 28 Jun 2024 di laman web rasmi HUAWEI Malaysia, Stor HUAWEI di Lazada, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee atau HUAWEI Experience Store yang berdekatan. Setiap pembelian HUAWEI Matepad 11.5”S PaperMatte Edition ketika tempoh pra-tempahan akan menerima papan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Mouse, HUAWEI FreeBuds 5i dan rebat atau baucar bernilai RM200, dimana jumlah hadiah bernilai RM 2,046.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.