HTC U24 Pro dilancarkan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3
HTC secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu HTC U24 Pro yang menjadi satu lagi saksi syarikat ini masih bernyawa di arena telefon pintar antarabangsa.
HTC U24 Pro ini hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, 12GB RAM, storan dalaman 256G dan Android 14.
Selain itu, HTC U24 Pro juga memiliki sensor utama 50MP yang memiliki OIS dan aperture f/1.88 dan sensor ultrawide 8MP manakala kamera selfie adalah unit 50MP dengan aperture f/2.45 dan pemfokusan auto.
Seterusnya, HTC U24 Pro juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP54, bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 60W dan pengecasan tanpa wayar 15W serta pengecasan berbalik 5W.
Akhir sekali, U24 Pro ini kini ditawarkan dipasaran Eropah pada harga €564 (RM 2,869).