Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte dan MateBook 14 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun ini

HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte dan MateBook 14 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun ini 1

HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte dan MateBook 14 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun ini 2

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa tablet HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dan komputer riba HUAWEI MateBook 14 akan dilancarkan di  Malaysia pada 18 Jun ini.

HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte dan MateBook 14 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun ini 3

HUAWEI akan memperkenalkan tablet HUAWEI MatePad 11.5 S dengan skrin  PaperMatte yang hadir dengan lapisan nano seperti kertas yang kurang silau , kurang ketegangan mata dan pengalaman menulis yang lebih semula jadi dengan stylus M-Pencil dengan teknologi NearLink.

Selain daripada perbezaan skrin, HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti versi biasa iaitu skrin paparan TFT LCD berukuran 11.5-inci dengan resolusi 2.8K dan sokongan kadar segar semula 144Hz, cipset yang masih belum didedahkan , 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan sistem operasi HarmonyOS.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte Edition ini juga menawarkan sokongan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dengan teknologi NearLink. Tablet ini juga menawarkan ciri seperti SuperHub, SuperDevice dengan HarmonyOS dan Histen 8.0 quad-speaker. 

Seterusnya, MatePad 11.5 S PaperMatte Edition ini juga memiliki kamera 13MP dibahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP. Tablet ini juga memiliki bateri 8,800mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Bermula dari 12 Jun hingga 17 Jun 2024, pelanggan yang membayar deposit bagi HUAWEI MatePad 11.5” S PaperMatte Edition akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM2,046, termasuk HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, kedua-duanya dikuasakan oleh NearLink, serta tambahan rebat baucar RM200.

HUAWEI MatePad 11.5 S PaperMatte dan MateBook 14 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Jun ini 4

Dalam pada itu, HUAWEI MateBook 14  akan memiliki skrin paparan 14.2-inci dengan resolusi 3,120 x 2,080  (touchscreen) dengan kadar segar semula 120Hz , with pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan Ultra 7 bersama grafik Intel Arc, 16GB atau 32GB RAM dan bateri 70Wh.

Selain itu, MateBook 14 juga membawakan ciri AI seperti AI Camera dan AI Sound meningkatkan pengalaman panggilan video dan audio dengan teknologi AI yang boleh membantu anda meningkatkan lagi pengalaman kerja anda, terutamanya semasa persidangan video – menghalang pengaktifan kamera secara tidak sengaja apabila menyertai mesyuarat.

Dari 12 Jun hingga 17 Jun 2024 pelanggan boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM1,614 apabila mereka membuat pra-tempahan bagi HUAWEI MateBook 14.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.