Acer Swift 14 AI diperkenalkan secara rasmi – komputer riba Copilot+ dengan kuasa AI
Acer secara rasminya telah melancarkan komputer riba Copilot+ pertama syarikat ini iaitu Acer Swift 14 AI komputer riba, dengan kerjasama Microsoft dan Qualcomm Technologies menuju ke era AI baharu dengan pengalaman pengguna serba baharu dan keupayaan AI pada Windows 11.
Acer Swift 14 AI mempunyai pelbagai model yang dikuasakan oleh Snapdragon X Elite dan Snapdragon Platform X Plus dan kedua-duanya menampilkan salah satu NPU terpantas di dunia pada komputer riba yang mendayakan pemprosesan AI pada peranti.
Pengguna boleh menyelaraskan tugas harian dengan PC yang lebih pintar dan menangani beban kerja yang kompleks dengan lebih berkesan.
Selain itu, Swift 14 AI ini menampilkan panel skrin OLED 120Hz bersaiz 14.5-inci dengan resolusi 2.5K dan ianya turut dipadankan dengan RAM jenis LPDDR5X berkapasiti sehingga 32GB dan storan SSD PCIe Gen4 sehingga 1TB.
Dari segi bateri pula, komputer riba ini tampil dengan bateri sebesar 75Wh untuk penggunaan sepanjang hari, dimana Acer mengatakan bahawa Swift 14 AI ini mempunyai kecekapan penggunaan bateri 30 peratus lebih baik berbanding dengan Macbook dengan cip pemprosesan Apple M2.
Dalam pada itu, Acer Swift 14 AI ini juga memiliki bateri 75Wh, Wi-Fi 7, webcam 1440p QHD, Bluetooth 5.4 dan dua slot USB Type-C serta dua slot USB 3.2 Type-A.
Seterusnya, komputer riba Copilot+ ini juga dilengkapi dengan Windows Hello yang menyokong biometrik dan log masuk pengecaman wajah untuk akses cepat dan selamat.
Lain-lain ciri AI yang disertakan pada Swift 14 AI ini adalah Windows Recall, Cocreator, Auto Super Resolution dan banyak lagi.
Akhir sekali, Acer Swift 14 AI akan memasuki pasaran pada bulan Jun pada harga dari $ 1,099 (RM 5,154).