Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

70mai Dash Cam A510 dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 – harga promosi dari RM 399 sahaja

Jenama dashcam popular di Malaysia iaitu 70mai secara rasminya telah memperkenalkan dashcam terbaru syarikat ini iaitu Dash Cam A510 di Malaysia Autoshow 2024.

Dash Cam A510 adalah model pengganti kepada A500s yang telah mencapai jualan 500,000 unit dipasaran global dan generasi terbaru ini tampil dengan upgrade menyeluruh dari segi kualiti imej, ciri keselamatan dan perhubungan melalui sokongan 4G.

70mai Dash Cam A510 ini memiliki sensor Sony STARVIS 2 IMX675 yang menawarkan rakaman video malam yang unggul dan julat dinamik tinggi (HDR) untuk visual terbaik dalam sebarang keadaan pencahayaan.

Selain itu, ianya juga tampil dengan rakaman dwi-saluran dengan kualiti imej 1944P yang dipertingkatkan lagi dengan algoritma peningkatan imej proprietari 70mai iaitu MaiColorVivid+ Solution M dan 70maiNight Ow/Vision. Ianya juga menyokong kadar bingkai 60FPS.

Seterusnya, dari segi keselamatan, Dash Cam A510 ini seperti ADAS (Advanced Driver-Assistance Systems)  yang memberi amaran kepada anda tentang potensi bahaya di jalan raya, GPS terbina menjejaki perjalanan anda dan pengawasan tempat letak kereta 24 jam untuk keselamatan tambahan (dengan 70mai 4G Hardwire Kit) . A510 direka dengan teliti untuk menjadi teman pemanduan anda yang boleh dipercayai.

Untuk lapisan keselamatan tambahan, kamera belakang kini menampilkan rakaman time lapse , memastikan liputan visual berterusan dari kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kenderaan anda.

70mai Dash Cam A510 kini ditawarkan di Malaysia pada harga promosi pelancaran dari RM 399 sahaja dan anda boleh mendapatkanya di booth 70mai di Malaysia Autoshow 2024 yang terletak di Hall A dari 22 Mei hingga  26 Mei 2024 atau di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.