Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TikTok mula uji ciri muatnaik video 60 minit

TikTok dilaporkan sedang menguji ciri memuatnaik video berdurasi sehingga 60 minit yang membawanya lebih hampir kepada YouTube dan ciri ini telah ditawarkan kepada pengguna terpilih dibeberapa pasaran.

Walaubagaimanapun, TikTok masih belum mempunyai perancangan untuk memperluaskan penawaran ini namun idea syarikat ini adalah untuk menawarkan pengalaman menonton kandungan video yang lebih lama seperti YouTube.

Ketika pelancaran, TikTok mempunyai had muat naik video maksima iaitu 15 minit namun ianya telah ditambah dari semasa ke semasa kerana syarikat ini sentiasa mendengar pendapat dan maklumbalas pencipta kandungan yang mahu lebih masa untuk kandungan mereka.

Ini membolehkan video berdurasi lebih panjang di tonton di TikTok tanpa perlu dibahagikan kepada beberapa video berasingan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.